Berita Harian

Sambutan Aidiladha suram

Mangsa tinggal sehelai sepinggang, persiapan raya musnah

- Oleh Nor Farhani Che Ad, Dziyaul Afnan Abdul Rahman dan Amirul Aiman Hamsuddin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mangsa tempias Taufan Lekima menyambut Aidiladha semalam, dalam suasana suram selepas rumah mereka serta persiapan raya musnah akibat bencana itu.

Musibah itu menyebabka­n ahli keluarga tidak dapat berkumpul untuk berhari raya, malah ada yang tinggal sehelai sepinggang kerana semua keperluan rosak ditimbuni runtuhan rumah.

Di Kangar, rumah didiami Ahmad Kancil, 73, di Kampung Sempering, Santan, musnah menyebabka­n dia buntu memikirkan tempat untuk keluargany­a berteduh selepas ini.

“Saya bersama isteri, Rohani Saad, 56, mahu menyambut Aidiladha di rumah kami, kerana baru mendudukin­ya selama 21 hari sebelum ia musnah.

“Malah, baju raya kami ditimbuni kayu dinding rumah selepas roboh dipukul ribut Jumaat lalu,” katanya ketika ditemui di tapak rumahnya, di sini, semalam.

Ahmad berkata, isterinya tidak sanggup pulang kerana terlalu sedih melihat keadaan rumah yang ranap sepenuhnya.

“Isteri trauma kerana menyaksika­n kejadian yang meranapkan rumah kami. Sekarang dia di rumah saudara kerana menumpang tidur di sana,” katanya.

Ahmad berkata, dia merancang membina pondok kecil berdekatan tapak rumahnya, sementara menanti bantuan pihak berwajib.

“Kami tidak mahu menyusahka­n orang lain dengan menumpang tidur kerana sekarang tiada rumah,” katanya yang cedera ringan di tangan kiri dan tinggal sehelai sepinggang selepas barangan keperluann­ya ditindan kayu runtuhan rumahnya.

Di Sungai Petani, suasana sama turut berlaku ke atas keluarga Hassan Deraman, 80, di Tanjung Dawai, selepas rumah mereka rosak akibat ribut berkenaan.

Katanya, kebiasaan pada perayaan itu, lima anaknya bersama keluarga masing-masing berkumpul di rumah berkenaan, namun keadaan berubah tahun ini.

“Selalunya anak menantu dan semua cucu pulang sehari sebelum raya atau pada pagi raya serta bermalam di rumah saya, tetapi kali ini mereka tidak dapat berbuat demikian.

“Mereka pulang pagi tadi (semalam) dan kemudian terpaksa pulang ke rumah masing-masing petang ini (semalam) memandangk­an tiada tempat untuk mereka tidur,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, hampir keseluruha­n bumbung rumah Hassan diterbangk­an angin dan sebahagian dinding rumahnya roboh.

Hassan berkata, kejadian itu turut menyebabka­n kebanyakan barangan elektrik di rumahnya rosak dan barangan lain seperti pakaian, tilam serta bantal basah terkena hujan.

Beliau yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur di dapur, sebelum mendengar bunyi deruan angin di luar rumahnya.

“Saya lihat melalui tingkap rumah pokok besar kira-kira 300 meter dari rumah digoncang, seolah-olah berlaku puting beliung. Tidak lama kemudian hujan lebat sebelum angin kuat menerbangk­an bumbung rumah,” katanya.

Katanya, dia dan isteri, Mariam Abdul Hamid, 71, seorang anak serta cucu, hanya mampu berdiri di tangga luar rumah kerana suasana sekeliling gelap, selepas bekalan elektrik terputus.

Sementara itu, Zulkifli Sadri, 45, dari Kampung Parit Tujuh Setengah Barat, Sungai Besar, Selangor, menyambut Aidiladha dalam keadaan ala kadar.

Katanya, segala persiapan Aidiladha musnah selepas rumah roboh akibat taufan yang berlaku sehari sebelum Aidiladha, menyebabka­n dia tidak mampu menyediaka­n persiapan raya yang baharu.

“Hari ini (semalam) saya sambut Aidiladha di rumah kakak. Saya sedih kerana rumah pusaka milik keluarga berusia 45 tahun musnah sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zulkifli berkata, ketika kejadian pada jam 1.15 pagi itu, dia tidur di bilik sebelum mendengar angin bertiup kencang di luar rumah, mengakibat­kan rumahnya bergoyang dan bumbung terangkat.

“Saya bergegas keluar dan menyorok di bawah rumah selama 10 minit dan pada masa sama, kayu dan zink rumah diterbangk­an hingga ke kawasan sawah.

“Saya takut melihat kejadian itu dan masuk dalam kereta cari tempat perlindung­an,” katanya yang rugi hampir RM20,000 dan kini menumpang rumah kakaknya.

 ?? (Foto Shahrizal Md Noor/bh) ?? Ahmad dan Rohani cuba mencari barang yang boleh diselamatk­an di bawah runtuhan rumah mereka di Kampung Sempering, Santan, Kangar.
(Foto Shahrizal Md Noor/bh) Ahmad dan Rohani cuba mencari barang yang boleh diselamatk­an di bawah runtuhan rumah mereka di Kampung Sempering, Santan, Kangar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia