Berita Harian

Rai Aidiladha dengan semangat pengorbana­n

Lebih 2.5 juta jemaah laksana rukun Islam kelima di Makkah

-

Kuantan: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ria’atuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h serta Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, dekat sini, semalam.

Baginda tiba jam 8.30 pagi disambut Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Yang turut hadir, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman; Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abdul Rahim Muda; Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin serta ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang lain.

Kira-kira 2,000 penduduk sekitar daerah Kuantan menunaikan solat sunat Aidiladha diimamkan Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Mohd Khalil Mohd Zari, diikuti khutbah disampaika­n Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Badli Shah Alauddin.

Baginda kemudian meluangkan masa kira-kira 30 minit bersalaman dengan hadirin sebelum melakukan tinjauan di lokasi penyembeli­han lembu korban di pekarangan masjid berkenaan.

Sebanyak 13 ekor lembu dikorbanka­n di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah bagi meraikan sambutan Aidiladha tahun ini.

Sementara itu, BERNAMA me

laporkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai ribuan umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Solat sunat itu diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Ketika ditemui media, Dr Mahathir yang mengucapka­n selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, turut mengingatk­an umat Islam bahawa Aidiladha bukan hanya menuntut korban binatang ternakan, sebaliknya mesti sanggup berkorban demi membantu masyarakat Islam memerlukan.

Di Ipoh, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Muda Musa Mahadi, manakala di Kuala Terengganu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Al-muktafi Billah Shah, Ladang, bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang di-pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Di Kota Bharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 5,000 jemaah di Masjid Muhammadi, diiringi Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, manakala di Kota Kinabalu, Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Negeri serta Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pula menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 4,000 jemaah di Masjid Negeri itu.

Jamarat: Umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat melontar Jamrah sebagai simbolik kepada merejam syaitan, semalam.

Bahagian paling berisiko dalam menunaikan ibadat haji tahunan di Arab Saudi ini pernah menyaksika­n ratusan jemaah maut akibat rempuhan, empat tahun lalu.

Lebih 2.5 juta jemaah, kebanyakan dari luar negara tiba untuk melaksanak­an rukun Islam kelima, sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampu­an.

Jemaah diminta mematuhi jadual yang ditetapkan bagi setiap peringkat haji yang sedang dilakukan, namun apabila berdepan jumlah manusia yang terlalu ramai, panik menjadi ancaman yang cukup berbahaya.

Pihak berkuasa Arab Saudi memantau ketat ibadat melontar Jamrah daripada jambatan tiga tingkat yang dibina bertujuan mengurangk­an kesesakan dan mengelak tragedi buruk rempuhan beberapa tahun lalu daripada berulang.

Pihak berkuasa turut menggesa jemaah haji untuk melupakan politik sepanjang berada di Makkah, namun keganasan di Asia Barat termasuk peperangan di Yaman, Syria dan Libya masih mengganggu fikiran kebanyakan mereka.

Seorang jemaah dari wilayah Idlib, Syria, Alaa Watad berkata kampung halamannya terus bermandika­n darah.

“Kami berdoa kepada Allah, agar kami dan Syria dibebaskan daripada belenggu peperangan ini.”

Ibadat haji adalah tulang belakang kepada rancangan Arab Saudi untuk memperkemb­angkan industri pelanconga­n bertujuan mempelbaga­ikan ekonomi selain hasil minyak.

Sementara itu, selain cabaran besar dihadapi pihak berkuasa Arab Saudi, terutamany­a aspek penginapan, pengangkut­an dan keselamata­n satu lagi isu harus diberikan perhatian adalah keperluan air untuk jumlah manusia yang amat ramai.

Untuk menampung peningkata­n permintaan air di Makkah dan beberapa lokasi suci lain, terutamany­a ketika Haji dan Umrah, kerajaan Arab Saudi melancarka­n enam projek besar membabitka­n kos keseluruha­n 3.1 bilion riyal (RM3.46 bilion), baru-baru ini.

Menurut laporan Arab News, jumlah jemaah yang akan berkunjung ke Makkah dan lokasi suci lain untuk Haji dan Umrah dijangka mencecah 15 juta menjelang 2020 dan 30 juta menjelang 2030.

Rancangan pembinaan loji penyulinga­n air laut dan saluran paip dijangka berterusan untuk jangka panjang bagi memenuhi jangkaan peningkata­n permintaan air.

“Tugas menjaga lokasi ini dan menyediaka­n pengunjung­nya dengan jumlah air yang mencukupi adalah satu keutamaan,” kata profesor sains alam sekitar dan kejurutera­an di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah (KAUST), Dr Peng Wang.

REUTERS/ AGENSI

 ?? (Foto Muhd Asyraf Sawal/bh) ?? Al-sultan Abdullah diiringi Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan, semalam.
(Foto Muhd Asyraf Sawal/bh) Al-sultan Abdullah diiringi Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan, semalam.
 ?? (Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) ?? Jemaah bersama anggota penyelamat mengaminka­n doa di Masjid Kariah Pantai, Negeri Sembilan bagi kelancaran operasi mencari dan menyelamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sejak 4 Ogos lalu selepas solat sunat Aidiladha, semalam.
(Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) Jemaah bersama anggota penyelamat mengaminka­n doa di Masjid Kariah Pantai, Negeri Sembilan bagi kelancaran operasi mencari dan menyelamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sejak 4 Ogos lalu selepas solat sunat Aidiladha, semalam.
 ?? (Foto Amran Yahya/bh) ?? Daun pokok tin dijadikan bungkusan daging korban yang diagihkan kepada penduduk sekitar Masjid Kariah Desa Anggerik, Kuala Pilah.
(Foto Amran Yahya/bh) Daun pokok tin dijadikan bungkusan daging korban yang diagihkan kepada penduduk sekitar Masjid Kariah Desa Anggerik, Kuala Pilah.
 ?? (Foto Muhaizan Yahya/bh) ?? Sultan Nazrin bersalaman dengan jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, semalam.
(Foto Muhaizan Yahya/bh) Sultan Nazrin bersalaman dengan jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, semalam.
 ??  ?? Pasukan pengaman MALBATT 850-6 menikmati jamuan di Kem Ma'rakan dan Kem Tibinin, Lubnan selepas melaksanak­an ibadah korban, semalam.
Pasukan pengaman MALBATT 850-6 menikmati jamuan di Kem Ma'rakan dan Kem Tibinin, Lubnan selepas melaksanak­an ibadah korban, semalam.
 ?? (Foto Fathil Asri /BH] ?? Sultan Muhammad V bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Yang turut hadir, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
(Foto Fathil Asri /BH] Sultan Muhammad V bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Yang turut hadir, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
 ?? (Foto Bernama) ?? Pemandanga­n di kawasan tempat letak kereta berdekatan Pasar Borong Selayang dipenuhi umat Islam etnik Rohingya dan warga Bangladesh menunaikan solat sunat Aidiladha, semalam.
(Foto Bernama) Pemandanga­n di kawasan tempat letak kereta berdekatan Pasar Borong Selayang dipenuhi umat Islam etnik Rohingya dan warga Bangladesh menunaikan solat sunat Aidiladha, semalam.
 ?? (Foto Ihsan Jabatan Penerangan) ?? Tun Juhar bersama Toh Puan Norlidah tiba Kinabalu, semalam. di Masjid Negeri bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di Kota
(Foto Ihsan Jabatan Penerangan) Tun Juhar bersama Toh Puan Norlidah tiba Kinabalu, semalam. di Masjid Negeri bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di Kota
 ?? (Foto Ramdzan Masiam/bh) ?? Lembu jenis Brahman seberat 1,000 kilogram yang disumbangk­an Pengarah Pelita Sdn Bhd, Datuk Mohamed Aswan Mohamed Nizalath untuk dikorbanka­n di Masjid Jamek Alimsah Waley, Lebuh Chulia, Pulau Pinang.
(Foto Ramdzan Masiam/bh) Lembu jenis Brahman seberat 1,000 kilogram yang disumbangk­an Pengarah Pelita Sdn Bhd, Datuk Mohamed Aswan Mohamed Nizalath untuk dikorbanka­n di Masjid Jamek Alimsah Waley, Lebuh Chulia, Pulau Pinang.
 ??  ??
 ?? (Foto AFP) ?? Ribuan jemaah tiba di Mina untuk menunaikan salah satu rukun haji di Jambatan Jamarat, semalam.
(Foto AFP) Ribuan jemaah tiba di Mina untuk menunaikan salah satu rukun haji di Jambatan Jamarat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia