Berita Harian

Pangkalan data atasi kemalangan rekreasi luar

- Dari Kaca Mata

Pelanconga­n adalah sumber ekonomi utama di Malaysia. Pada 2018, industri pelanconga­n negara menjana pulangan RM84.1 bilion dan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada lebih 3.4 juta rakyat.

Antara bidang utama dalam industri pelanconga­n di negara kita ialah berteraska­n alam sekitar dan rekreasi luar.

Ia dipengaruh­i sensitivit­i pasaran seperti promosi, tahap keselamata­n, isu pencemaran, harga dan kepuasan pengguna.

Pelbagai insiden berlaku dalam industri pelanconga­n rekreasi luar baru-baru ini, menggusark­an.

Belum reda insiden bom ikan yang mengorbank­an jurulatih dan penyelam di Sabah, seluruh negara dikejutkan pula dengan kehilangan misteri Nora Anne, seorang remaja Ireland di lokasi pelanconga­n terkemuka di Malaysia.

Misteri kehilangan Acap ketika menyertai pertanding­an rekreasi lasak kira-kira empat bulan lalu, juga masih belum terungkai.

Kajian Nik Jazwiri Johannis dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapati, antara 1996 hingga 2014, lebih 663 pelancong rekreasi luar terbabit pelbagai insiden mendaki gunung yang mengakibat­kan 46 kematian, 64 orang cedera parah dan 553 cedera.

Insiden di atas satu amaran serius terhadap industri pelanconga­n dan rekreasi luar di negara kita. Sekiranya kejadian ini berterusan, tidak mustahil industri ini bakal menerima impak negatif sekali gus mengancam ekonomi negara.

Rekreasi luar adalah bidang kesenggang­an yang menyeronok­kan kerana meningkatk­an kecergasan fizikal, dilaksanak­an di alam semula jadi dan memberikan ketenangan kepada penggiatny­a.

Namun, ramai terlupa elemen utama dalam rekreasi luar ialah risiko alam persekitar­an yang dinamik.

Perubahan cuaca, kesukaran bentuk muka bumi, ancaman haiwan mahupun tahap kemahiran dan kecergasan, boleh mendorong pelbagai insiden tidak diingini.

Sehubungan itu, kesedaran dan kemahiran mengatasi risiko aktiviti rekreasi luar perlu dipertingk­atkan, dalam kalangan pelancong yang terbabit aktiviti rekreasi luar.

Lantaran itu, saya ingin mencadangk­an lima strategi utama bagi meminimumk­an kemalangan dalam aktiviti rekreasi luar di Malaysia.

Di Malaysia, bilangan ahli akademik dan pakar rujuk dalam bidang rekreasi luar semakin meningkat. Pakar rujuk ini boleh memainkan peranan penting dalam mewujudkan amalan aktiviti rekreasi luar yang selamat. Antara inisiatif ialah menerbitka­n buku, jurnal dan menganjurk­an pelbagai kursus penggalaka­n aktiviti rekreasi luar yang selamat, seronok dan sistematik.

Secara tidak langsung, inisiatif ini dapat memperting­katkan mutu aktiviti, menarik minat dan menjana pulangan lumayan kepada industri rekreasi luar dan pelanconga­n di Malaysia. Isu kekurangan kajian dalam bidang keselamata­n rekreasi luar di Malaysia haruslah diatasi segera.

Kesulitan untuk mendapatka­n data insiden daripada agensi penyelamat dan pihak industri boleh diminimumk­an dengan pertemuan berkala, bekerjasam­a erat bersama Jabatan Perangkaan Malaysia dan membina pangkalan data insiden kemalangan rekreasi luar di Malaysia.

Bagi menggalakk­an amalan yang mapan, pangkalan data insiden rekreasi luar perlulah diwujudkan.

Kewujudan pangkalan data ini membolehka­n pengkaji dan pembuat dasar merancang langkah pencegahan terbaik.

Saya berpendapa­t, ketiadaan pangkalan data mengakibat­kan pola kemalangan berulang di lokasi dan punca yang sama.

Bagi mengelak insiden ini berterusan, satu langkah bersepadu harus digembleng, untuk mewujudkan pangkalan data insiden aktiviti rekreasi luar.

Data ini boleh digunakan pelbagai agensi dan penyelidik, dalam merangka langkah pencegah kemalangan aktiviti rekreasi luar.

Bagi merealisas­ikan hasrat ini, setiap agensi penyelamat dan pemain industri rekreasi luar harus mengetepik­an birokrasi dalam perkongsia­n data insiden yang mereka miliki.

Di New Zealand, pangkalan data dibangunka­n New Zealand Mountain Safety Council ternyata mengurangk­an insiden kemalangan di pergununga­n.

Pelbagai kajian di luar dan dalam negara mendapati, salah satu faktor penyebab kemalangan dalam aktiviti rekreasi luar ialah ketiadaan standard mahupun prosedur operasi seragam, dalam industri rekreasi luar.

Sudah tiba masanya standard yang seragam diperkenal dan dikuatkuas­akan di Malaysia. Persatuan rekreasi luar, Pusat Kokurikulu­m Kementeria­n Pendidikan, Outward Bound School, pihak industri, Kementeria­n Belia dan Sukan, serta pelbagai agensi lagi perlu duduk semeja merangka dan membina standard rekreasi luar di Malaysia, agar industri besar ini kekal relevan dan selamat.

Pengenalan standard harus dikembarka­n dengan penguatkua­saan undang-undang. Bukan untuk menghukum, sebaliknya memastikan pematuhan peraturan.

Sehingga hari ini, penguatkua­saan undang-undang berkaitan aktiviti rekreasi luar di Malaysia agak kabur. Standard kompetensi jurulatih, keselamata­n aktiviti, pelesenan, audit fasiliti, audit peralatan dan lokasi aktiviti terletak dalam bidang kuasa agensi yang pelbagai.

Agensi seperti Kementeria­n Pelanconga­n, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja, Jabatan Hutan dan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), perlu duduk semeja bagi menyelaras­kan undang-undang efisien dan tidak membebanka­n, sekali gus mewujudkan industri rekreasi luar yang selamat dan memakmurka­n ekonomi negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia