Berita Harian

Hapus sifat samseng dalam diri

-

Kejadian road bully atau samseng jalan raya berulang lagi kelmarin, dengan kes terbaru di Kajang, menyebabka­n nyawa melayang. Siapa yang salah bukan persoalan utama, sebaliknya kebimbanga­n besar ialah mengapa masyarakat kita hari ini ramai yang cenderung bersikap ‘bengis’ di jalanan.

Bercakap soal punca, mungkinkah masalah kesihatan mental dalam masyarakat menjadi antara penyebab. Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) terkini mengesahka­n, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 tahun menderita pelbagai isu kesihatan mental. Mungkinkah ia ada kaitan dengan sikap berunsur buli ini.

Secara umum jika ditanya mana-mana individu, pasti semua mengaku menolak sikap samseng, tidak kira di mana sekali pun, namun belum tentu setiap seorang daripadany­a mampu mengawal diri apatah lagi ketika dikuasai nafsu marah. Justeru, kita percaya isu samseng jalan raya ini bukan boleh ditangani melalui hukuman tegas semata-mata, sebaliknya perlu diberi tumpuan dari sudut rohani, terutama kestabilan kesihatan mental dalam masyarakat.

Tidak keterlalua­n dikatakan sifat samseng jalan raya ini ibarat ‘qarin’ yang tersembuny­i dan mendamping­i diri setiap manusia. Qarin ini sentiasa menghasut ke arah kejahatan, begitu juga sikap samseng dalam diri manusia. Jadi, peranan kita tentunya untuk menundukka­n sifat samseng itu dalam diri agar ia tidak sesekali menguasai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia