Berita Harian

Jangan ambil mudah isu cuaca

-

Agak teruk juga kerosakan di beberapa negeri yang dibadai tempias taufan Lekima pada malam Jumaat lalu. Bukan sekadar kerosakan harta benda yang membabitka­n kerugian bernilai jutaan ringgit, kemalangan sehingga meragut nyawa seorang wanita di Kedah juga dikaitkan dengan bencana sama.

Di sebalik musibah, ada mempersoal­kan apakah mangsa di semua lokasi terjejas tempoh hari sedar dengan kehadiran taufan itu, atau dimaklumka­n secara jelas mengenai impak risiko bencana berkenaan. Daripada apa yang kita tahu, kehadiran Lekima di Langkawi, di luar jangkaan Metmalaysi­a. Makluman mengenainy­a di Pulau Pinang juga dikeluarka­n terlalu singkat. Kenapa ini boleh berlaku?

Kita percaya keupayaan Metmalaysi­a perlu dipertingk­atkan. Ruang penambahba­ikan perlu dilihat bukan sahaja dalam aspek ramalan cuaca, tetapi juga prosedur arahan tetap (SOP) berkaitan makluman bencana kepada umum. Benar cuaca sukar dijangka, namun dalam keadaan dunia yang semakin menggunaka­n teknologi maju hari ini, ia tidak harus dijadikan alasan. Sedikit kesilapan dalam mentafsir sifat cuaca, mungkin mengundang risiko besar, termasuk kehilangan nyawa.

Apa yang pasti, kita tidak mahu orang awam hanya tahu mengenai bencana selepas ia melanda, kerana ketika itu pasti semuanya sudah terlambat. Bagi masyarakat umum, perlu ada sifat ambil tahu mengenai keadaan sekeliling. Jika ada ramalan pihak berkuasa mengenai risiko bencana, jangan ambil sikap acuh tak acuh dan bersegeral­ah ikut arahan serta panduan diberikan demi keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia