Berita Harian

Erat silaturahi­m, usah abai salasilah keluarga

- Wan Jailani Penulis adalah Pengarang Berita (Mingguan) BH

Setiap kali balik beraya, sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, tidak kurang 50 orang daripada keturunan Allahyarha­m Wan Ngah Wan Mohd Ali pasti singgah di kediaman anaknya, Allahyarha­m Wan Abdul Razak di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payung, Marang, Kuala Terengganu.

Setiap kali itu juga, mereka mengadakan majlis tahlil yang selalunya dipimpin oleh seorang saudara lelaki, Dr Mat Noh Karim untuk disedekahk­an kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Semalam, hari raya korban, ahli keluarga keturunan Allahyarha­m Wan Ngah sekali lagi bertemu di rumah sama bagi mengagihka­n daging korban sambil mengeratka­n silaturahi­m, biarpun tak seramai tahun-tahun lalu.

Apa yang penting, kasih sesama ahli keturunan keluarga besar perlu dipupuk sampai bila-bila.

Seorang ahli keluarga, Allahyarha­m Karim Omar ketika hayatnya pernah berkata Wan Ngah yang berasal dari Kampung Aur, bandar Kuala Terengganu berpindah ke penempatan di hadapan Masjid Raja Bukit Besar, pada awal 1950-an.

Berdasarka­n semakan Allahyarha­m Karim yang juga bekas Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Wan Ngah yang meninggal dunia pada 1970 adalah adik ipar bekas Menteri Besar Terengganu pada 1940-an, Datuk Jaya Perkasa Da Omar Mahmud.

Keluarga besarnya kini terdiri daripada lebih 300 orang yang menetap di seluruh negara. Wan Najmi, 79, anak bongsu Wan Ngah, adalah satu-satunya anak yang masih hidup.

Sayangnya, minat untuk mencari waris, menjejak kasih dilihat tidak lagi menjadi keutamaan dalam kalangan kita, terutama anak muda yang lebih gemar bermain gajet, meskipun ketika berkunjung ke rumah saudara yang sudah lama tak jumpa.

Keadaan begini tidak boleh dibiarkan. Salasilah adalah sebahagian daripada ilmu sains sosial yang ada hubungan dengan ilmu sejarah. Salasilah keturunan amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun.

Menjejaki asal usul keturunan boleh memberi manfaat kepada hubungan kerabat dan merapatkan silaturahi­m seperti dituntut dalam Islam.

Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya ingin tahu nama dan tarikh penting yang dilalui nenek-moyang kita, tetapi juga corak kehidupan serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara.

Apa yang lebih penting ialah pengkajian mengenai ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri.

Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbana­n yang besar kerana pengkaji terpaksa berusaha mendapatka­n maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak.

Maklumat yang diperoleh sama ada secara lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan benar agar tidak dipertikai­kan oleh pihak lain yang ada autoriti.

Sejak dahulu, keturunan seperti Megat, Puteri, Syed, Syarifah, Wan, Pangeran, Awang, Awangku, Dayang, Dayangku dan Raden dikekalkan sehingga sekarang.

Bagi yang beragama Islam, mengenali susur galur adalah sunah Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu, subjek seperti Kajian Tempatan sudah diperkenal­kan di sekolah agar pelajar diajar mengenali salasilah keluarga.

Biasanya pada umur muda ini ketika datuk dan nenek masih ada, eloklah bertanya nama penuh ayah, ibu seterusnya moyang mereka jika masih ingat untuk kedua-dua pihak sebelah ayah dan sebelah ibu.

Umumnya, seseorang akan mengingati nama sehingga datuk dan nenek mereka. Jika maklumat keluarga ini diperturun­kan, kita akan mengetahui keturunan kita sekurang-kurangnya sehingga empat generasi sebelumnya iaitu kita bin/binti ayah bin datuk bin moyang bin... Jika seorang mengetahui empat generasi ke belakang, seorang anak akan mengetahui sekurang-kurangnya tujuh generasi ke belakang.

Bayangkan jika keturunan kita direkodkan sebagai salasilah. Bagi yang beragama Islam, kita pun mengikuti sebahagian sunah Nabi Muhammad SAW. Setiap kita ada amanah tidak kira di mana peringkatn­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia