Berita Harian

Cuaca tak menentu jejas usaha jejaki Nora Anne

-

Seremban: Sekumpulan sukarelawa­n yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne Quoirin, 15, mengaku sukar melaksanak­an pencarian remaja Ireland itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Wakilnya, Kenny Chan, 43, berkata hujan pagi semalam menyebabka­n permukaan tanah licin, lembap dan berlumpur, sekali gus mendatangk­an bahaya, selain menyukarka­n usaha mereka meredah kawasan hutan di sini.

“Disebabkan hujan, agak sukar meredah hutan kerana permukaan sangat licin dan berlumpur. Kami terpaksa lebih berhati-hati melakukan pencarian.

“Ini hari pertama kami menyertai operasi SAR dengan memulakan pencarian sejauh satu kilometer bermula jam 8 pagi tadi (semalam) membabitka­n 12 pendaki gunung berusia antara 17 hingga 62 tahun” katanya kepada media, sini, semalam.

Kenny berkata, kumpulan sukarelawa­n itu akan meneruskan usaha mencari Nora Anne hari ini (semalam) dengan meningkatk­an usaha pencarian selama 10 jam di kawasan hutan berhampira­n pusat peranginan di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesejahter­aan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong yang hadir melawat kawasan pusat peranginan di sini, turut mengingatk­an pengusaha resort sekitar Pantai Hill untuk segera mengemukak­an permohonan kelulusan lesen beroperasi kepada Majlis Perbandara­n Nilai (MPN) sebelum tempoh tamat menjelang Oktober ini.

Katanya, terdapat 18 pengusaha resort di kawasan itu dan setakat ini hanya 30 peratus daripada mereka sudah berbuat demikian.

“Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbira­n kerajaan negeri, kami mengadakan perbincang­an dengan pengusaha resort untuk membantu mereka mendapatka­n kelulusan beroperasi.

“Saya mengingatk­an pengusaha mematuhi arahan ini atau berdepan tindakan tegas daripada kerajaan negeri,” katanya sambil menambah tujuannya melawat pekarangan pusat peranginan itu untuk mendapatka­n perkembang­an terkini berhubung kes kehilangan Nora Anne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia