Berita Harian

Petugas media rai Aidiladha di lokasi

-

Seremban: Pengamal media yang bertugas membuat liputan operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Pantai, di sini, sejak 4 Ogos lalu, menyambut Aidiladha bersama di lokasi kejadian.

Beberapa petugas media tempatan turut membawa juadah raya seperti rendang, lemang, nasi impit, roti canai dan kuih raya untuk dikongsi bersama sambil menunggu maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

Juadah itu juga dikongsika­n bersama petugas media antarabang­sa dan anggota SAR yang turut berada di depan pintu masuk pusat peranginan berkenaan.

Terdahulu, lebih 20 petugas media tempatan dan antarabang­sa dilihat berkumpul di kawasan berkenaan bermula jam 9 pagi sebaik anggota SAR dan penduduk setempat selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Kariah Pantai, di sini.

Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai di sini pada 4 Ogos lalu sebelum pihak berkuasa melancarka­n operasi SAR di kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un, operasi SAR yang memasuki hari kelapan semalam masih gagal mengesan mangsa. Operasi SAR pada pagi semalam diteruskan walaupun keadaan hujan.

Petugas media bagaimanap­un, dihalang memasuki kawasan resort itu sejak hari pertama kes dilaporkan dan hanya boleh menunggu di depan pintu masuk.

 ?? [Foto Adzlan Sidek/bh] ?? Pengamal media menikmati juadah sempena Aidiladha ketika membuat liputan di lokasi operasi SAR, semalam.
[Foto Adzlan Sidek/bh] Pengamal media menikmati juadah sempena Aidiladha ketika membuat liputan di lokasi operasi SAR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia