Berita Harian

Kaji halang kenderaan berat musim raya serentak cuti sekolah

-

Kuala Lumpur: Kerajaan mungkin mempertimb­angkan untuk melarang kenderaan berat menggunaka­n jalan raya pada musim perayaan yang jatuh pada cuti sekolah bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kebiasaann­ya larangan kepada kenderaan berat hanya dikuatkuas­akan ketika Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina setiap tahun.

“Aidiladha kali ini bersama cuti sekolah, jadi timbul kesesakan di luar dugaan.

“Jadi, mungkin pada hari perayaan yang bertembung dengan cuti sekolah, larangan (menggunaka­n jalan raya) kepada kenderaan besar perlu dipertimba­ngkan pada masa akan datang,” katanya selepas menghadiri Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah di Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesesakan teruk aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kelmarin berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha.

Bernama sebelum ini melaporkan Lebuhraya Karak-kuala Lumpur yang menjadi laluan utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur dijangka merekodkan 1.65 juta kenderaan sempena cuti Aidiladha. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia