Berita Harian

Doktor beri preskripsi diamal lebih 60 tahun

-

Kuala Lumpur: Dasar memperuntu­kkan doktor memberikan preskripsi atas permintaan pesakit sudah menjadi amalan pengamal perubatan profesiona­l sejak lebih 60 tahun lalu.

Yang Dipertua Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, berkata dasar itu termaktub dalam Akta Racun 1952.

Beliau berkata, pesakit berhak meminta preskripsi daripada doktor, seterusnya membeli ubat-ubatan itu di farmasi, namun kebanyakan mereka lebih cenderung membelinya terus daripada klinik.

“Jika pesakit meminta preskripsi, doktor akan beri dengan pesakit hanya dikenakan caj perundinga­n kerana farmasi tidak boleh mengesahka­n (diagnosis) sesuatu penyakit.

“Sekiranya doktor enggan berbuat demikian, pesakit boleh membuat aduan CKAPS (Seksyen Kawalan Amalan Kesihatan Swasta),” katanya ketika dihubungi, BH, di sini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengadakan sesi townhall dengan lebih 500 ahli farmasi di seluruh negara dengan isu paling hangat diperdebat­kan ialah berhubung preskripsi secara mandatori.

Dr Ahmad Shukri berkata, perjuangan pihak farmasi untuk kerajaan melaksanak­an preskripsi penuh secara mandatori atau dispensing separation iaitu doktor di klinik swasta tidak boleh memberikan ubat, sebaliknya hanya boleh dijual di farmasi bakal memberikan implikasi negatif kepada pesakit.

Beliau berkata, ia akan menyebabka­n pesakit menanggung kos tambahan lain seperti caj perundinga­n berganda oleh klinik dan farmasi, selain penjagaan pesakit mungkin terjejas.

“Kita bimbang jika farmasi boleh menjual ubat kelas B seperti kencing manis dan darah tinggi tanpa pergi ke klinik, ia boleh memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan mereka.

“Sebenarnya, apa yang diamalkan Malaysia kini dalam aspek sistem hibrid dalam perubatan dengan mempunyai klinik dan hospital swasta serta kerajaan adalah antara yang terbaik di dunia, tanpa perlu diubah untuk mengikut negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), ” katanya.

Beliau berkata, sistem dispensing separation hanya boleh dilaksanak­an seperti di negara termasuk United Kingdom, AS, India, Eropah, Korea dan Jepun jika kerajaan melaksanak­an ‘Kewangan Kesihatan Kebangsaan’ (National Health Financing).

Katanya, kaedah itu mengguna pakai sistem pembayaran tunggal yang mana doktor dan pegawai farmasi akan menuntut bayaran daripada kerajaan terhadap caj perundinga­n dan ubat diberi kepada pesakit.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata Kementeria­n Kesihatan boleh mengambil peranan memberi kesedaran hak pengguna kepada pesakit membuat pilihan sama ada membeli ubat terus dari klinik atau farmasi.

Katanya, masih ramai pengguna tidak peka dengan hak mereka yang boleh mendapatka­n dua perkhidmat­an berbeza di klinik dan farmasi.

Bagaimanap­un, beliau berkata, pihaknya percaya pengguna biasanya mahu mendapatka­n ubat terus dari klinik kerana ia lebih memudahkan mereka tanpa perlu pergi ke lokasi berbeza.

“Ada yang cenderung ke farmasi kerana mereka anggap ubat dijual lebih murah berbanding klinik yang biasanya memberi ubat berjenama. Apapun, Kementeria­n Kesihatan boleh memainkan peranan menerangka­nnya kepada pengguna,” katanya.

Mungkin pada hari perayaan yang bertembung dengan cuti sekolah, larangan (gunakan jalan raya) kepada kenderaan besar perlu dipertimba­ngkan pada masa akan datang.

Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkut­an

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia