Berita Harian

‘Pengguna jalan raya kena bijak kawal emosi’

-

Kuala Lumpur: Pengguna jalan raya dinasihatk­an mengikis sikap samseng atau menjadi pembuli, sebaliknya perlu bijak mengawal emosi serta saling menghormat­i.

Pakar Psikologi Kaunseling Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata kegagalan mengurus emosi mendorong seseorang bertindak di luar kawalan.

Katanya, selepas mengambil tindakan yang tidak sewajarnya, ia kemudian menjadi sesuatu yang dikesalkan.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai sifat pembuli sering mencari peluang untuk bertindak terhadap mangsa yang lemah dan jika ada tingkah laku agresif sehingga membawa kematian, ia adalah tindakan yang salah.

“Setiap individu ada hak untuk meluahkan perasaan dan rasa marah tapi tiada hak untuk mencederak­an orang lain. Jika saling memberi tindak balas agresif, ia akan membawa kepada kecederaan dan mungkin kematian.

“Jadi saya harap carilah jalan untuk buang tabiat buruk, jadilah individu yang lebih mesra dan bertanggun­gjawab,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mohamed Fadzil tidak menafikan ada pelbagai faktor boleh menyumbang sikap agresif ketika berada di jalan raya, antaranya kesesakan lalu lintas dan situasi trafik yang tidak menentu.

“Jiwa kacau yang sedia ada dalam diri pembuli kesan interaksi negatif dengan sistem sosial masing-masing juga turut mempengaru­hi tingkah laku,” katanya.

Ditanya apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa, beliau berkata, agensi kerajaan berkaitan perlu lebih bersikap khusus dengan menggunaka­n pendekatan psikososia­l berbanding tindakan punitif dan undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Setiap individu ada hak untuk meluahkan perasaan dan rasa marah tapi tiada hak untuk mencederak­an orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia