Berita Harian

Suami isteri direman

Pergaduhan di lebuh raya sebabkan lelaki maut

- Oleh Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@bh.com.my

Kajang: Mahkamah Majistret di sini membenarka­n pasangan suami isteri yang terbabit dalam insiden pergaduhan di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan sehingga menyebabka­n seorang lelaki maut kelmarin, direman tujuh hari bermula semalam.

Perintah reman sehingga 17 Ogos terhadap lelaki berusia 40 dan isterinya berusia 36 tahun itu dikeluarka­n oleh Majistret Nor Afidah Idris bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan terbabit dilihat tiba di Mahkamah Kajang pada jam 12 tengah hari dengan menaiki kenderaan berasingan.

Di Shah Alam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam kenyataan semalam, berkata mangsa yang maut dalam insiden terbabit dipercayai memukul kereta suspek menggunaka­n kayu besbol sebelum dilanggar.

Katanya, lelaki berusia 29 tahun itu didakwa bertindak demikian selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan suspek.

Sebelum mengeluark­an kayu besbol dari keretanya, beliau berkata, mangsa dan suspek yang sebelum itu sudah bergaduh susulan kemalangan kecil, ditenteram­kan orang ramai sebelum mereka masuk ke kereta masing-masing.

Namun, Fadzil berkata, mangsa yang dikatakan masih tidak berpuas hati, mengeluark­an kayu besbol dari keretanya dan dipercayai memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Beliau berkata, suspek yang ada dalam kereta ketika itu dikatakan terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga didakwa terlanggar mangsa.

“Akibatnya, mangsa tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata polis dimaklumka­n oleh sebuah hospital swasta di Nilai, Negeri Sembilan pada jam 3.40 petang kelmarin bahawa lelaki yang terbabit dalam insiden itu meninggal dunia.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai kira-kira jam 1.40 tengah hari sebelum mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta di Nilai, namun disahkan meninggal dunia, dua jam kemudian.

Ahmad Dzaffir meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubung­i pegawai penyiasat kes di talian 016-406 4202 atau balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

Pakar Psikologi Kaunseling Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan UPNM

 ?? [Foto Mohd Yusni Ariffin/bh] ?? Suspek kes bunuh dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk mendapat perintah reman, semalam.
[Foto Mohd Yusni Ariffin/bh] Suspek kes bunuh dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk mendapat perintah reman, semalam.
 ??  ?? Mohamed Fadzil Che Din,
Mohamed Fadzil Che Din,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia