Berita Harian

Guru wanita mangsa pegawai polis palsu rugi RM193,000

-

Jerantut: Bimbang dikenakan tindakan undang-undang, seorang guru wanita di sini menanggung kerugian RM193,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula Rabu lalu apabila mangsa berusia 51 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek wanita memperkena­lkan diri sebagai ‘Nor Adila Mad Zaidan’ dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

“Suspek memperkena­lkan diri sebagai pegawai mahkamah dan memaklumka­n mangsa diminta hadir ke Mahkamah Kuala Terangganu dalam tempoh dua jam kerana terbabit dengan saman tunggakan kad kredit.

“Mangsa turut dimaklumka­n semua akaun bank akan dibekukan jika (mangsa) gagal hadir dalam tempoh dua jam ke mahkamah itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa menafikan perkara itu, sebelum panggilan disambungk­an kepada seorang lagi suspek bernama ‘Sarjan Kamal’ yang kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Hasil semakan ‘Sarjan Kamal’ mendapati mangsa turut terbabit dalam sindiket penyeludup­an dadah dan penggubaha­n wang haram. Suspek juga mendakwa akaun mangsa terbabit dengan sindiket diketuai oleh ‘Kamarudin Awang’ dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Mohd Wazir berkata, pada Khamis lalu, mangsa dihubungi pula oleh seorang lagi suspek yang mendakwa seorang inspektor polis sebelum mengarahka­n guru yang bertugas di sekolah menengah di Kuala Lipis membuka akaun di sebuah bank.

“Mangsa kemudian mengikut segala arahan diberikan suspek kerana terlalu takut sebelum memindahka­n semua wang simpananny­a ke dalam akaun itu.

“Selepas itu, mangsa menyerahka­n maklumat akaun termasuk kata laluan perbankan dalam talian miliknya kepada suspek, kononnya bagi urusan siasatan,” katanya.

Namun semalam, mangsa membuat semakan akaun miliknya dan mendapati wang berjumlah RM193,000 dalam akaun itu sudah lesap.

“Mangsa kemudianny­a membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, semalam (kelmarin),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia