Berita Harian

Bayaran fasa ketiga BSH mulai 28 Ogos

-

Putrajaya: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini, membabitka­n hampir 3.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran akan dikreditka­n terus ke akaun bank masing-masing menggunaka­n akaun bank sama ketika pembayaran fasa kedua BSH.

“Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.

“Sejumlah RM2.85 bilion sudah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari) dan kedua (Mei) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan.

“Ia termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap anak tanggungan, terhad kepada maksimum empat anak. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak Orang Kurang Upaya tanpa had umur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September depan.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubung­i talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada bsh@treasury.gov.my,” katanya.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan meneruskan program BSH demi kesejahter­aan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapa­tan rendah (B40) bagi meringanka­n kos sara hidup. penerima BSH peruntukan pembayaran BSH fasa ketiga

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia