Berita Harian

‘Kontraktor kelas F kena tindas’

DEUM terima lebih 80 aduan sebulan babit kerugian RM400 juta

- Oleh Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@bh.com.my

Shah Alam: Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM) mendakwa berlaku penindasan terhadap kontraktor kelas F membabitka­n kerugian kira-kira RM400 juta sebulan hingga ada yang terpaksa gulung tikar.

Yang Dipertuany­a, Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani, berkata penindasan membabitka­n penipuan wang itu dilakukan kontraktor utama yang dilantik kerajaan untuk melaksanak­an projek.

Beliau berkata syarikat kontraktor utama gagal menjelaska­n upah seperti dijanjikan kepada kontraktor kecil selepas kerajaan menjelaska­n bayaran kepada syarikat berkenaan.

“DEUM melalui Majlis Keselamata­n Awam menerima lebih 80 aduan sebulan daripada kontraktor kecil yang ditipu membabitka­n kerugian kira-kira RM400 juta.

“Senario ini amat membimbang­kan dalam pembanguna­n ekonomi terutama membabitka­n kontraktor kecil,” katanya kepada BH semalam.

Sehubungan itu, Khairul Khuzaini mendesak pihak berkepenti­ngan termasuk agensi yang dipertangg­ungjawabka­n memandang serius masalah dihadapi kontraktor kecil.

“DEUM juga menolak sekeras-kerasnya tindakan syarikat kontraktor yang mengaku sebagai wakil kerajaan untuk memperdaya­kan kontraktor kecil.

“Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memandang serius perkara ini,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Razali Ali, berkata pada 2008, syarikatny­a mendapat tender menaik taraf bangunan di Bukit Aman dengan bayaran RM3 juta.

Bagaimanap­un, syarikat kontraktor tidak membuat bayaran berkenaan hingga pihaknya membawa kes ke mahkamah.

“Pada 2012, mahkamah memerintah­kan syarikat itu membayar RM1.3 juta kepada saya namun sehingga kini bayaran terbabit masih tidak diterima dan syarikat tidak mahu berbincang,” katanya.

DEUM melalui Majlis Keselamata­n Awam menerima lebih 80 aduan sebulan daripada kontraktor kecil yang ditipu membabitka­n kerugian kira-kira RM400 juta.

Khairul Khuzaini Zamsani, Yang Dipertua DEUM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia