Berita Harian

Syarikat ambil alih NFC akan diumum segera

-

Johor Bahru: Syarikat tempatan yang bakal mengambil alih Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, ia berikutan syarikat berkenaan bersetuju dengan syarat utama iaitu membayar pinjaman kerajaan yang pernah dibuat ketika pentadbira­n kerajaan sebelum ini.

Katanya, proses pengambila­lihan NFC itu juga akan diselesaik­an segera bagi membolehka­n industri ruminan negara dibangunka­n secara lebih terancang dan bersepadu.

“Kementeria­n juga sudah mengadakan perbincang­an dengan syarikat terbabit (syarikat berminat ambil alih NFC) sebanyak enam kali dan hasilnya amat positif.

“Syarikat berkenaan juga bersetuju membayar pinjaman diberikan kepada NFC sebelum ini kepada kerajaan berjumlah RM250 juta yang menjadi syarat utama sekiranya mana-mana syarikat mahu mengambil alih projek itu.

“Kementeria­n akan mengadakan mesyuarat dengan Kementeria­n Kewangan dan Peguam Negara, Tommy Thomas bagi memperinci­kan semuanya termasuk dari segi perundanga­n sebelum memuktamad­kan segala-galanya.

“Sebaik dimuktamad­kan, kita akan umumkan syarikat yang mengambil alih NFC kepada umum sedikit masa lagi, ” katanya selepas program ibadah korban di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, di sini, semalam.

April lalu, BH melaporkan sebuah syarikat tempatan berminat mengambil alih NFC yang pernah dilanda kontrovers­i bagi membangunk­an semula projek ternakan lembu itu.

Salahuddin Ayub dipetik berkata, bagaimanap­un NFC hanya boleh dijual sekiranya syarikat yang mahu mengambil alih projek itu bersetuju membayar pinjaman diberikan kepada NFC kepada kerajaan berjumlah RM250 juta.

 ?? [Foto Hairul Anuar Rahim/bh] ?? Salahuddin bersama penduduk bergotong-royong melapah daging lembu ketika program korban di PPR Kempas, Johor Bahru, semalam.
[Foto Hairul Anuar Rahim/bh] Salahuddin bersama penduduk bergotong-royong melapah daging lembu ketika program korban di PPR Kempas, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia