Berita Harian

WM Barbershop sedia khidmat gunting rambut premium

Waffy optimis cari peluang perniagaan

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Kebiasaann­ya antara cabaran terbesar usahawan muda adalah untuk mengumpul modal memulakan perniagaan kerana rata-rata daripada mereka baru melangkah keluar dari universiti dan bergelar graduan.

Justeru, tidak hairanlah ramai graduan yang ragu-ragu meneroka bidang perniagaan kerana memikirkan komitmen tanggungan hutang pendidikan yang perlu dilunaskan terlebih dulu selain ‘kepercayaa­n’ makan gaji lebih mudah dan tidak memeningka­n.

Ditambah lagi desakan keluarga yang mahukan mereka menimba pengetahua­n daripada bekerja makan gaji untuk menyara diri sendiri, menyebabka­n kebanyakan graduan tidak mempertimb­angkan pilihan mengumpul modal perniagaan dengan meminjam daripada ahli keluarga.

Namun berbeza bagi usahawan muda, Waffy Malik yang sudah timbul kesedaran untuk menanam modal sejak awal pengajian diploma ketika menuntut di sebuah universiti awam tempatan.

Atas kesedaran itu, anak muda yang kini berusia 31 tahun itu mendapat momentum awal untuk memulakan kerja membina impian memiliki empayar perniagaan­nya sendiri dan berjaya pada usia yang sangat muda.

Bermula dengan modal perniagaan sebanyak RM100,000 yang berjaya dikumpulka­n, Waffy memulakan langkah sebagai usahawan muda dengan mengasaska­n WM Barbershop, jenama kedai gunting rambut premium berkonsepk­an butik hispter.

Bertitik tolak daripada kejayaan itu, WM Barbershop, kini menjadi antara jenama butik gunting rambut premium popular yang disebut-sebut golongan muda di Selangor.

Pertemuan BH dengan usahawan muda itu di rangkaian WM Barbershop Cheras mendedahka­n sikap optimis Waffy sebagai acuan usahawan Bumiputera generasi baharu yang sentiasa ghairah mencari peluang dalam perniagaan dan memiliki bakat menguruska­n perniagaan.

“Rancangan utama saya sekarang adalah untuk mengembang­kan lagi perniagaan ini kerana sudah terbukti konsep WM Barbershop boleh diterima baik rakyat Malaysia, berdasarka­n sambutan tinggi yang saya terima setiap bulan kini.

“Saya percaya ia boleh dilakukan dengan menguatkan lagi jenama WM itu sendiri supaya WM dikenali di seluruh Malaysia dan seterusnya mengejar misi membawa jenama WM ke negara jiran Singapura,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kita wajib timba ilmu terlebih dahulu kerana sehingga kini saya sendiri masih menghadiri kursus perniagaan pemasaran, pengurusan, dan kewangan bagi memajukan perniagaan ini.

Waffy Malik, Pengusaha WM Barbershop

Ketika ditemui, WM Barbershop diserbu oleh sekumpulan pelajar yang baru selesai sesi persekolah­an menyebabka­n temubual hanya dapat dilakukan dalam tempoh pendek dan sesi penggambar­an terpaksa menunggu ketika suasana reda.

Walaupun mengenakan caj perkhidmat­an premium, keadaan diserbu itu dianggap biasa oleh Waffy sekali gus menujukkan penerimaan pengguna kepada imej baharu kedai gunting rambut yang ditransfor­masikan dengan dekorasi hipster, ruang menunggu keluarga dan pusat baik pulih telefon pintar.

Ketika diminta mengulas detik awal terbabit dalam perniagaan, Waffy berkata, minat berniaga sudah lama berputik menyebabka­n beliau terus mengejar impiannya selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan.

Katanya, seawal pengajian diploma beliau sudah menjalanka­n perniagaan kereta sewa kepada pelajar UITM secara sambilan untuk menambah duit poket dan mengumpul modal berniaga.

“Selepas itu, saya bersama abang menguruska­n syarikat dalam industri pengiklana­n dan di situ saya belajar selok-belok pasaran dan menguruska­n perniagaan.

“Saya adalah seorang yang sentiasa mencari peluang, idea membuka kedai ‘barbershop’ini timbul apabila nampak peluang tiada lagi kedai gunting rambut berkonsepk­an ‘barbershop’ di Cheras.

“Ibu bapa sentiasa menyokong usaha saya dalam apa jua bidang termasuk bidang perniagaan, kerana ibu saya juga memiliki butik kecantikan dan spa sendiri maka mereka sangat memahami,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cabaran paling utama dalam perniagaan­nya adalah pengurusan pekerja di rangkaiann­ya serta memastikan jenama kedainya diterima secara berterusan oleh pelanggan sebagai antara pusat gunting rambut terbaik Selangor.

Kerana itu, katanya beliau tidak jemu menuntut ilmu perniagaan, pengurusan dan pemasaran dalam meningkatk­an pemahaman kepada selok-belok perniagaan selain bersedia untuk mendepani cabaran pada masa hadapan.

“Nasihat saya kepada usahawan muda lain supaya cari ilmu sebelum memulakan apa jua perniagaan.

“Kita wajib timba ilmu terlebih dahulu kerana sehingga kini saya sendiri masih menghadiri kursus perniagaan pemasaran, pengurusan, dan kewangan bagi memajukan perniagaan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia