Berita Harian

Pelabur, institusi tetap sokong saham tempatan

Pasaran catat prestasi kurang memberangs­ang pada enam bulan pertama 2019

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Pelabur dan dana institusi utama dilihat akan terus memegang saham bermodal besar tempatan, meskipun pasaran saham Malaysia dijangka kekal dalam keadaan tidak menentu pada separuh kedua tahun ini.

FSMONE dalam kajian separuh pertama pasarannya berkata, pasaran saham tempatan yang mencatatka­n prestasi kurang memberangs­angkan pada enam bulan pertama 2019 adalah berikutan beberapa faktor.

Beliau berkata, tanpa mengambil kira tinjauan perolehan korporat yang lemah, pelabur asing juga menjadi penjual bersih saham tempatan sepanjang tempoh berkenaan, apabila merekodkan jualan sebanyak RM4.7 bilion.

“Tambahan lagi, keyakinan lemah pelabur tercetus daripada kemungkina­n Malaysia akan dikeluarka­n daripada indeks bon global, selain ketidakten­tuan global turut menghalang pelabur daripada membeli saham tempatan.

“Ini menyebabka­n dana berkaitan indeks Malaysia, selain dana yang diuruskan secara aktif berada dalam kalangan 10 tempat terbawah,” katanya.

FSMONE bagaimanap­un berkata, Malaysia sebagai sebuah negara masih lagi bergantung kepada perbelanja­an penggunaan, yang terus menjadi pemacu utama ekonomi dalam masa terdekat ini.

Malaysia juga, katanya masih lagi mencatatka­n kadar penganggur­an yang stabil dalam lingkungan 3.0 hingga 3.5 peratus, dengan sektor perkhidmat­an mewakili sebahagian besar Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK).

“Berikutan itu, ini akan menyediaka­n penampan terhadap impak pertumbuha­n eksport yang perlahan jika perang perdaganga­n terus memuncak,” katanya.

Penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI mencatatka­n penurunan 1.1 peratus sepanjang tempoh separuh pertama 2019.

Sementara itu, pasaran saham global bermula dengan situasi turun dan naik, berikutan perang perdaganga­n menjadi tajuk berita.

Walaupun ancaman tarif baharu dan risiko politik di seluruh dunia mengancam pertumbuha­n global, rancangan Rizab Persekutua­n (Fed) selain ekonomi China yang stabil terus menyokong pasaran global.

MSCI AC World Index mencatatka­n pulangan 4.3 peratus pada suku kedua 2019, menjadikan pulanganny­a setakat tahun ini sebanyak 15 peratus.

 ?? (Foto hiasan) ?? FBM KLCI catat penurunan 1.1 peratus sepanjang tempoh separuh pertama 2019.
(Foto hiasan) FBM KLCI catat penurunan 1.1 peratus sepanjang tempoh separuh pertama 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia