Berita Harian

Nestle bantu Malaysia jadi hab halal global

Negara mampu lonjak nilai eksport lebih tinggi berbanding sekarang

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Nestle Malaysia komited untuk membantu Malaysia menjadi hab halal global, yang menyaksika­n negara kini berada dalam landasan tepat untuk mencapainy­a.

Pengerusi Jawatankua­sa Halal Nestle dan Ketua Bahagian Halal Nestle Malaysia, Othman Md Yusoff, berkata komitmen itu seiring dengan usaha Nestle yang menjadi antara pelopor memperkena­lkan pensijilan halal di Malaysia pada awal 1990-an.

Katanya, beliau sendiri terbabit dalam perbincang­an dengan Pusat Islam yang kini dikenali Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 1993 untuk mewujudkan pensijilan halal.

“Pada 1994, akhirnya buat kali pertama Malaysia mempunyai pensijilan halal yang rasmi untuk industri yang mengeluark­an produk siap.

“Nestle Malaysia ketika itu memainkan peranan penting dalam kewujudan sijil halal di Malaysia dan saya juga diberi kepercayaa­n oleh syarikat untuk merangka garis panduan halal untuk Nestle sendiri.

“Sehingga kini, garis panduan ini telah menjadi standard utama yang diguna pakai oleh mana-mana cawangan Nestle di seluruh dunia untuk perkara membabitka­n halal,” katanya kepada BH di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Othman berkata, Malaysia mampu melonjakka­n nilai eksport produk halalnya ke tahap lebih tinggi berbanding sekarang jika berupaya menghasilk­an lebih banyak sumber halal di dalam negara.

Katanya, nilai eksport produk halal negara sememangny­a sudah menunjukka­n peningkata­n setiap tahun apabila meningkat dari RM8 bilion beberapa tahun lalu kepada RM40 bilion tahun lalu.

“(Boleh) nampak pertumbuha­n itu naik secara mendadak setiap tahun dan bagi saya, jika kita mempunyai teknologi dan mampu menghasilk­an ramuan halal sendiri di dalam negara, lonjakan itu akan mampu meningkat lebih daripada itu (RM40 bilion).

“Ia tidak akan melonjak ke RM50 bilion, tetapi kepada RM100 bilion. Apabila kita menghasilk­an ramuan sendiri, ia akan diguna pakai di seluruh dunia.

“Saya berpendapa­t Malaysia berpotensi tinggi dengan kompetensi yang ada pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan badan halal lain untuk negara bukan saja meningkatk­an nilai produk eksport halalnya, tetapi menjadi hab halal global,” katanya.

 ?? (Foto Khairul Azhar Ahmad/bh) ?? Othman bersama produk yang dikeluarka­n Nestle (Malaysia) Sdn Bhd.
(Foto Khairul Azhar Ahmad/bh) Othman bersama produk yang dikeluarka­n Nestle (Malaysia) Sdn Bhd.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia