Berita Harian

Airasia terima pesawat pertama A330neo

-

Airasia Bhd menerima pesawat A330neo pertama yang akan beroperasi bagi syarikat bersekutu jarak jauhnya, Airasia X Thailand.

Syarikat penerbanga­n itu berkata, pesawat berkenaan diterima menerusi pemberi pajak Avolon dan menjadi antara dua set A330neo yang pertama untuk menyertai kumpulan pesawat syarikat penerbanga­n itu pada akhir tahun.

“Menerusi cirinya yang ekonomik, A330neo akan membawa perubahan dalam kecekapan bahan bakar bagi operasi jarak jauh Airasia.

“A330neo generasi baharu itu akan ditempatka­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Don Mueang Bangkok di Thailand, bagi menyokong pertumbuha­n dan rancangan peluasan rangkaian syarikat penerbanga­n ke pasaran utama seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan,” katanya dalam kenyataan.

Airasia berkata, A330-900 Airasia X Thailand mempunyai 377 tempat duduk dalam konfiguras­i dua kelas, terdiri 12 Premium Flatbed dan 365 tempat duduk kelas ekonomi.

“Syarikat bersekutu jarak jauh Airasia iaitu Airasia X ketika ini beroperasi menggunaka­n pesawat 36 A330-300 dan merupakan pelanggan terbesar bagi A330neo dengan sudah menerima 66 tempahan.

“A330neo adalah pesawat generasi baharu sebenar bercirikan A330 badan lebar paling popular dan menggunaka­n teknologi A350 XWB,” katanya.

Menggunaka­n enjin kuasa Rolls-royce Trent 7000 terkini, A330neo menawarkan tahap kecekapan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan bahan bakar 25 peratus lebih rendah bagi setiap tempat duduk berbanding generasi pesaing sebelum ini. BERNAMA

A330neo adalah pesawat generasi baharu sebenar bercirikan A330 badan lebar paling popular dan menggunaka­n teknologi A350 XWB.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia