Berita Harian

Absolut Food Festival JB himpun usahawan belia

-

Absolut Event & Management, menyasarka­n transaksi jualan sekurang-kurangnya RM2.55 juta menerusi penganjura­n Absolut Food Festival 2019 di pekarangan Pusat Beli-belah Angsana Johor Bahru bermula 6 sehingga 8 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Nurali Nadzwan, berkata berdasarka­n transaksi jualan di Absolut Food Festival yang diadakan di Shah Alam sebelum ini, setiap vendor mampu meraih jualan sehingga RM15,000 pada festival tiga hari itu.

Beliau berkata, acara berkenaan yang menghimpun­kan 170 usahawan belia itu mampu menjadi platform tepat untuk mereka mengetenga­hkan produk secara meluas dan terus ke pengguna.

Katanya, acara yang turut mendapat kerjasama Uda Property itu dalam masa sama bagi menggalakk­an pengunjung untuk membeli rumah mampu milik yang ditawarkan oleh syarikat hartanah berkenaan.

“Festival makanan yang menggabung­kan pengusaha makanan dari Malaysia dan Singapura ini adalah acara kedua selepas festival makanan yang sama diadakan pada April di Shah Alam.

“Melihat kepada trend rakyat ketika ini yang sukakan makanan viral, kami yakin festival makanan ini akan dibanjiri sehingga 250,000 pengunjung sama seperti di Shah Alam,” katanya pada satu kenyataan, baru-baru ini.

Nurali berkata, Absolut Food Festival 2019 JB ketika ini sudah merekodkan sebanyak 100 penyertaan dan sedang mencari 50 lagi usahawan berpotensi untuk bersama-sama berkampung di Johor Bahru bagi mengetenga­hkan produk mereka.

“Harga bagi setiap tapak antara RM1,400 hingga RM4,500 bergantung kepada lokasi dan jenis booth.

“Bagi penganjura­n kali ini, kita dapat bawa 40 peratus vendor lama untuk turun padang di Johor Bahru nanti dan ini menyaksika­n jenama Absolut sudah diyakini dan dipercayai dalam kalangan usahawan belia,” katanya.

Kami yakin festival makanan ini akan dibanjiri sehingga 250,000 pengunjung sama seperti di Shah Alam.

Nurali Nadzwan, Ketua Pegawai Eksekutif Absolut Event & Management

Goh (tiga dari kanan) dan Penyelia Rumah Victory dan Sweet Care Home,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia