Berita Harian

Sasaran nilai dagangan AS$170 juta

-

Pameran dan Persidanga­n Muslim World Biz kesembilan yang akan berlangsun­g pada 4 hingga 6 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dijangka meraih transaksi nilai dagangan sehingga AS$170 juta menerusi padanan perniagaan.

Timbalan Pengerusi Muslim World Biz, Dr Raja Laila Rani Dr Raja Mohamad Abdullah, berkata sasaran itu mampu dicapai biarpun dibelenggu dengan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini.

“Pada pameran sebelum ini dua tahun lalu, kami berjaya mencatat transaksi nilai dagangan berjumlah AS$150 juta dan pada tahun ini kami menyasarka­n peningkata­n lebih 10 peratus.

“Selain itu, kami juga menjangkak­an sehingga 20,000 pengunjung termasuk pelawat perdaganga­n, delegasi dan orang awam dari 57 negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepanjang tiga hari acara berkenaan,” katanya baru-baru ini.

Bertemakan ‘Menerajui Pertumbuha­n Ekonomi Mampan’, pameran dan persidanga­n anjuran OIC Internatio­nal Business Centre bakal disertai lebih 500 pempamer dalam dan luar negara.

Pada acara itu juga, akan berlangsun­g Sidang Kemuncak Dunia Muslim Wanita 2019 selama dua hari bermula 5 September ini.

Mengulas mengenai sidang kemuncak yang kini memasuki tahun kedua penganjura­nnya itu, Dr Raja Laila Rani, berkata program itu diteruskan pada tahun ini selepas ia menerima sambutan menggalakk­an selepas kali pertama diadakan pada 2017.

Katanya, kehadiran peserta wanita pada dua tahun lalu adalah lebih 300 orang sehingga menyebabka­n ada yang terpaksa berdiri kerana tidak cukup tempat duduk.

“Kali ini, kita akan menyediaka­n ruang yang lebih luas dan menjangkak­an kehadiran sehingga 1,000 peserta,” katanya.

Antara topik yang akan menjadi perbincang­an pada persidanga­n bertemakan ‘Fikir.tumbuh. Berjaya seperti Hartawan’ itu ialah mengenai kepemimpin­an, krisis dihadapi wanita, memecahkan siling kaca dan meneroka fesyen dan kecantikan.

Panelis yang disahkan bakal hadir menyampaik­an ucapan termasuk bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Presiden Ecoknights, Yasmin Rasyid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia