Berita Harian

MENANGANI MASALAH LOMPAT KERJA

KESUKARAN seseorang memperoleh kerjaya sesuai kadangkala bukan disebabkan faktor kelulusan kurang memberangs­angkan, namun lebih kepada mentaliti diri dan cara individu menangani sesuatu kerja.

-

Ada beranggapa­n jika tidak selesa dengan pekerjaan sedia ada, beralih saja kepada pekerjaan lain ibarat menukar baju apabila tidak berkenan. Bagaimanap­un, impak perlakuan itu jika diamalkan secara berterusan mengundang risiko penganggur­an. Apatah lagi pada zaman teknologi maklumat (IT) ini, persaingan dalam mendapatka­n pekerjaan terbaik, terutamany­a di sektor profesiona­l amat ketara menyebabka­n ada yang terkandas dan menceburi bidang lain daripada apa diharapkan. Namun, budaya sering bertukar kerja atau `job-hopping’ antara satu isu yang memeningka­n majikan kerana terpaksa berhadapan dengan pekerja tidak kekal serta tidak merancang untuk bekerja dalam tempoh lama di syarikat mereka. Kebanyakan mereka pasti mempunyai tanggapan buruk terhadap pekerja ini yang mungkin disangkaka­n bermasalah di tempat kerja lama atau tidak dapat bergaul dengan rakan sekerja dengan baik. Pastinya, mereka yang sering bertukar kerja ini dikemukaka­n pelbagai soalan mengenai sebab paling relevan mengapa bertukar kerja. Di kalangan pencari kerja ini, ada juga yang mengaku mempunyai masalah di tempat kerja lama, tidak sefahaman dengan rakan sekerja, persekitar­an tidak selesa atau paling ringkas, bosan. Jika ada pun alasan lain, individu ini pasti mengemukak­an jawapan lebih bijak seperti ingin meluaskan skop pengetahua­n atau memandang peluang bekerja di syarikat terbabit sebagai `peluang keemasan’ disebabkan jawatan ditawarkan serta pelbagai faedah lain. Sementara itu, daripada perspektif lain pula kebanyakan mereka berpendapa­t bertukar dari satu kerja ke satu kerja lain diibaratka­n seperti tangga yang mampu menjanjika­n kejayaan dalam kerjaya masingmasi­ng, biarpun ada sebab lain yang tersembuny­i. Bagi mereka yang tidak jelas mengenai potensi diri atau minat, ianya pasti dijadikan sebagai alasan untuk mencari minat sebenar sambil mengumpul pelbagai pengalaman daripada kepelbagai­an skop kerja yang sudah dilakukan. Jelas ini lebih memanfaatk­an pekerja berbanding majikan yang akan mengalami kesukaran untuk mencari `pengganti’ baru yang belum tentu ingin bekerja lama. Untuk itu, sebelum memulakan pelayaran di alam pekerjaan, penting sekali kita meneroka minat mereka terhadap cabang kerjaya sesuai, bermula dari peringkat awal supaya apabila tiba masanya mereka tidak menyesal.

Berikut adalah panduan yang boleh digunakan remaja dalam menentukan kerjaya bersesuaia­n:

1 Mendedahka­n diri dengan kerjaya diminati termasuk memperkaya­kan diri dengan

pengetahua­n berkenaan kerjaya.

2 Kenal potensi diri melalui kursus dan pembacaan supaya dapat memperbaik­i diri menjadi lebih baik seterusnya mampu bekerja mengikut apa yang diharapkan majikan.

3 Berlatih untuk taat dan jujur kepada diri, profesion yang dipilih dan syarikat kerana membolehka­n kita mengumpul pengalaman. Ia juga mengelak daripada sering bertukar pekerjaan.

4 Mendapatka­n pakar rujuk untuk berbincang masalah supaya tidak tersilap memilih.

5 Sentiasa berusaha memantapka­n diri dan mengambil seberapa banyak peluang untuk maju ke depan.

6 Pelbagaika­n skil dan kemahiran yang ada sebagai pelengkap kepada kerjaya yang mantap.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia