Berita Harian

Pelabur asing terus jual saham tempatan

-

Untuk minggu kedua bagi bulan Ogos 2019, pasaran dibuka rendah pada paras 1,621.12 mata, berbanding paras penutup minggu lalu, 1,626.76.

Indeks mencecah paras tertinggi, 1,621.68 dan paras terendah 1,588.98 sebelum ditutup pada paras 1,615.05, jatuh 11.71 mata minggu ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 12.447 bilion dan nilai dagangan juga meningkat kepada RM10.102 bilion.

Pelabur asing masih penjual bersih dengan jumlah jualan bersih yang besar, iaitu RM1.03615 bilion, jualan terbesar sejak Mei 2019.

Jajaran pasaran adalah negatif di awal minggu, tetapi bertukar menjadi positif pada dua hari terakhir dagangan minggu ini. Ini memberi sedikit harapan kepada pelabur bahawa pasaran akan berubah arah.

Di antara kaunter-kaunter yang mencecah paras 52 minggu tertinggi;

FOCUS DYNAMICS GROUP BHD RM0.39, UNI WALL APS HOLDINGS BERHAD RM0.73, KKB ENGINEERIN­G BHD RM1.45.

Untuk pergerakka­n harian, pada hari Isnin, KLCI ditutup turun 16.35 mata atau 1.01 peratus untuk ditutup pada 1,610.41.

Pasaran saham Hong Kong merosot pada hari Isnin apabila perniagaan menghadapi gangguan yang besar berikutan mogok am yang menyebabka­n bandar hampir lumpuh.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.666 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM1.860 bilion. Semua Indeks Bursa ditutup rendah.

Kaunter untung termasuk MSM (LP: RM1.59, + RM0.10) dan TASEK (LP: RM5.79, + RM0.24).

Kaunter rugi termasuk GENM (LP: RM3.61, -RM0.14), PCHEM (LP: RM7.23, -RM0.20), RHBBANK (LP: RM5.36, -RM0.14), MAGNUM (LP: RM2. 52, -RM0.13), EFORCE (LP: RM0.595, -RM0.055), KNM (LP: RM0.36, -RM0.035), VS (LP: RM1.08, -RM0.09) ECONBHD (LP: RM0.725, -RM0.06), HTPADU (LP: RM1.04, -RM0.08), MMCCORP (LP: RM1.03, -RM0.07), dan ECOWLD (LP: RM0.74 , -RM0.045).

KLCI ditutup 1.38 mata kepada 1,611.79.

Pasaran saham Asia terus menyusut pada Selasa kerana perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china bertambah tegang, selepas Beijing menggantun­g pembelian produk pertanian sebagai tindak balas terhadap tarif terbaru yang di kenakan oleh Amerika.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.127 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.622 bilion. Indeks Bursa ditutup bercampur-campur.

Kaunter untung termasuk HARTA (LP: RM5.05, + RM0.19), AIRPORT (LP: RM8.46, + RM0.22), PENTA (LP: RM3.50, + RM0.10), KOSSAN (LP: RM4.10, + RM0.10), dan G3 (LP: RM2.43, + RM0.20).

Kaunter rugi termasuk AXIATA (LP: RM4.83, -RM0.11), AEONCR (LP: RM16.12, -RM0.34), AXREIT (LP: RM1.82, -RM0.04), HSSEB (LP: RM0.93, -RM0.05), ATAIMS (LP: RM1.42, -RM0.05), SPSETIA (LP: RM1.84, -RM0.04), LHI (LP: RM0.86, -RM0.03), TOYOINK (LP: RM0.805, -RM0.03), dan DELEUM (LP: RM0.86, -RM0.035).

KLCI ditutup turun 7.09 mata kepada 1,604.70.

Pasaran saham Asia diniagakan bercampur-campur pada Rabu berikutan pelabur berhatihat­i terhadap kejatuhan yuan China berikutan pertikaian perdaganga­n antara AS dan China yang kian meruncing.

Jumlah dagangan menurun kepada 2.572 bilion dan nilai pasaran jatuh kepada RM2.552 bilion. Indeks Bursa ditutup rendah.

Kaunter untung termasuk MPCORP (LP: RM0.15, + RM0.105), AXREIT (LP: RM1.84, + RM0.05), IJM (LP: RM2.30, + RM0.05), ASTRO (LP: RM1.43, + RM0.04), GBGAQRS (LP: RM1.34, + RM0.03) dan YONGTAI (LP: RM0.27, + RM0.025).

Kaunter rugi termasuk GENM (LP: RM3.18, -RM0.43), GENTING (LP: RM6.18, -RM0.47), SHANG (LP: RM4.97, -RM0.22), PARAMON (LP: RM1.36, - RM0.07), POS (LP: RM1.64, -RM0.05), IWCITY (LP: RM0.875, -RM0.035), GPACKET (LP: RM0.545, -RM0.035), TASHIN (LP: RM0.345, -RM0.03), dan XINHWA (LP: RM0.27, -RM0.04).

KLCI ditutup 11.32 mata kepada 1,616.02.

Pasaran saham di Asia kebanyakan­nya meningkat pada Khamis apabila data kastam China menunjukka­n lonjakan mengejutka­n dalam eksport Julai negara berkenaan walaupun perang perdaganga­n dengan AS masih berlaku.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 2.118 bilion dan nilai pasaran turun kepada RM1.516 bilion. Indeks Bursa ditutup kebanyakan­nya lebih tinggi.

Kaunter untung termasuk RHBBANK (LP: RM5.58, + RM0.12), AXIATA (LP: RM5.00, + RM0.11), PMETAL (LP: RM4.81, + RM0.11), SIMEPLT(LP: RM4.70, + RM0.21), EDGENTA (LP: RM2.99, + RM0.12), IOICORP (LP: RM4.28, + RM0.09), DSONIC (LP: RM0.80, + RM0.075), EFORCE (LP: RM0.645, + RM0.045), GPACKET (LP: RM0.585, + RM0.04), FRONTKN (LP: RM1.57, + RM0.04)DUFU (LP: RM1.94, + RM0.06), HTPADU (LP: RM1.10, + RM0.05), HSSEB (LP: RM0.965, + RM0.065), PENTA (LP: RM3.57,+ RM0.08), dan IJM (LP: RM2.35, + RM0.05).

Kaunter rugi termasuk LCTITAN (LP: RM2.50, -RM0.08), MBL (LP: RM1.16, -RM0.05), TOYOINK (LP: RM0.785, -RM0.035), BPURI (LP: RM0.155, -RM0.02), dan MERIDIAN (LP: RM0.165, -RM0.02).

KLCI ditutup turun 0.97 mata kepada 1,615.05.

Pasaran saham Asia didagangka­n bercampur-campur pada Jumaat, aapabila data China menunjukka­n Inflasi makanan melonjak pada bulan Julai sementara ekonomi Jepun meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada yang diharapkan.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.967 bilion dan nilai pasaran susut sedikit kepada RM1.552 bilion. Indeks Bursa ditutup bercampur-campur.

Kaunter untung termasuk AIRASIA (LP: RM1.88, + RM0.07), TAKAFUL (LP: RM6.24, + RM0.14), LCTITAN (LP: RM2.63, + RM0.13), GCB (LP: RM3.63,+ RM0.12), MULPHA (LP: RM2.14, + RM0.10), TAANN (LP: RM2.20, + RM0.10), HENGYUAN (LP: RM4.80, + RM0.10), MI(LP: RM1.65, + RM0.08), FOCUS (LP: RM0.39, + RM0.045), MSM (LP: RM1.63, + RM0.04), DSONIC (LP: RM0.825,+ RM0.03), MYEG (LP: RM1.53, + RM0.03), dan MMCCORP (LP: RM1.09, + RM0.03).

Kaunter rugi termasuk WPRTS (LP: RM3.91, -RM0.13), dan PIE (LP: RM1.15, -RM0.04).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia