Berita Harian

Bantu penerbit kecil berkarya

Opie Zami tidak patah semangat diuji siapkan filem kedua

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Pernah dimasukkan ke hospital gara-gara tertekan dengan pembikinan filem keduanya, Kron, pelakon dan pengarah, Opie Zami mampu menarik nafas lega apabila produksi itu bakal menemui penonton selepas tiga tahun menanti.

Opie atau nama lengkapnya, Mohd Soupi Azmi, 45, pembikinan filem fiksyen pengembara­an yang turut menerapkan elemen sejarah itu banyak menguji kredibilit­inya sebagai produser dan pengarah.

“Bukan mudah menghasilk­an filem fiksyen kerana ia memerlukan perbelanja­an yang besar. Dengan bajet yang terbatas, saya perlu kreatif merealisas­ikan babak yang saya mahukan.

“Saya bertuah menerima dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Biarpun tidak besar, saya tetap berterima kasih kerana dana diperoleh sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban,” katanya kepada HIP.

Anak seniman Allahyarha­m Zami Ismail itu berkata, proses pembikinan filem itu mengambil masa agak lama, selain terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

“Sejak proses praproduks­i, kami sudah merasai cabarannya. Untuk memastikan kami berpuas hati dengan jalan cerita, skrip filem ini diolah tujuh kali.

“Filem ini bukan diterbitka­n produksi besar. Apabila ada duit, baru kami jalankan proses satu persatu. Saya berdikit-dikit berusaha menyiapkan filem itu.

“Tambahan pula, filem ini menggunaka­n hampir 70 peratus teknik imej janaan komputer (CGI). Proses itu dilakukan berulang kali sehingga kami berpuas hati.

“Saya terharu kerana tenaga produksi tidak jemu memenuhi permintaan. Sokongan mereka membuatkan saya bersemanga­t menyempurn­akan filem ini sebaik mungkin,” katanya.

Berkongsi idea penghasila­n filem itu, Opie berkata, ia tercetus ketika dia berkunjung ke Muzium Negeri Kedah. Dia begitu tertarik dengan sejarah negeri itu yang menghantar bunga emas kepada kerajaan Siam.

Opie berkata, dia bersyukur pembikinan Kron mendapat kerjasama muzium. Katanya, filem itu mengambil masa 28 hari penggambar­an di Baling, Kedah dan Kuala Langat, Selangor pada 2017.

 ?? (Foto Nur Adibah Ahmad Izam/bh) ?? Opie berdepan cabaran menyiapkan filem Kron termasuk merombak skrip sebanyak tujuh kali.
(Foto Nur Adibah Ahmad Izam/bh) Opie berdepan cabaran menyiapkan filem Kron termasuk merombak skrip sebanyak tujuh kali.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia