Berita Harian

Individu alami lembam sukar proses maklumat

Berdepan kekeliruan jika suasana persekitar­an asing

- Oleh Osman Lisut manlee@bh.com.my

Kuala Lumpur: Individu yang mengalami masalah lembam sukar untuk memproses maklumat dan mengalami kekeliruan sekiranya berdepan dengan suasana persekitar­an asing seperti tersesat di dalam hutan.

Ahli Psikologi Klinikal, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Siti Irma Fadhilah Ismail, berkata daya ingatan seseorang yang lembam mungkin bermasalah hingga menyukarka­n untuk memberi tumpuan pada satu-satu hal.

Katanya, tidak dinafikan kanak-kanak atau remaja yang menghadapi masalah lembam mungkin rasa takut, kadang-kadang akan mengasingk­an diri sebagai langkah berjaga-jaga.

“Bagi kes remaja warga Ireland yang hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai, Seremban, Nora Anne Quoirin, 15, mangsa sukar hendak pulang ke resort penginapan­nya kerana mengalami masalah ingatan.

“Mungkin juga kali pertama datang bercuti di situ, menyebabka­n ia tidak dapat mencari jalan pulang.

“Berikutan gagal ditemui, saya yakin dia dalam ketakutan dan pihak berkuasa perlu segera mencarinya,” katanya.

Dr Siti Irma Fadhilah mengulas mengenai kehilangan Nora di Resort The Dusun Pantai Hill, seluas 1.215 hektar ketika bercuti bersama ibu bapa dan dua adik-beradiknya.

Lima beranak itu tiba di resort berkenaan Sabtu lalu dan kehilangan mangsa yang bermasalah lembam, disedari ahli keluargany­a pada jam 8 pagi keesokanny­a.

Bagaimanap­un, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga hari ini masih menemui jalan buntu mengesan mangsa.

Sementara itu, Pakar Pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Dr Shazreen @ Fatihah Shaari, berkata sekiranya penghidap menghadapi masalah ketidakupa­yaan intelektua­l (mental retardatio­n), gangguan pembelajar­an secara umum (slow learner) atau masalah pembelajar­an spesifik seperti kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), autisme berkemungk­inan mereka sukar mengawal tingkah laku sendiri.

“Ketidakupa­yaan intelektua­l bergantung kepada beberapa tahap daripada ringan kepada tahap yang lebih teruk. Ada yang boleh berdikari dan ada juga yang perlu bergantung kepada kedua ibu bapa dan penjaga sepenuhnya,” katanya.

Pakar Perunding Psikiatri (Remaja & Kanak-kanak), UPM, Prof Madya Dr Hamidin Awang, berkata sudah menjadi fitrah manusia bertindak balas dengan apa yang biasa didengari, termasuk suara ibu.

“Jika kanak-kanak terbabit masih berada di kawasan pencarian dan mendengar suara ibunya, pasti beliau akan bertindak balas serta-merta.

“Syaratnya kanak-kanak terbabit masih berdaya untuk bergerak dan dia akan mencari di mana punca suara berkenaan,” katanya.

Bagi kes remaja warga Ireland yang hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai, Seremban, Nora Anne Quoirin, 15, mangsa sukar hendak pulang ke resort penginapan­nya kerana mengalami masalah ingatan.

Siti Irma Fadhilah Ismail, Ahli Psikologi Klinikal, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? Pasukan keselamata­n menjalanka­n operasi mencari Nora Anne Quoirin.
Pasukan keselamata­n menjalanka­n operasi mencari Nora Anne Quoirin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia