Berita Harian

Satira ‘hujan darah’ kritik kezaliman di Syria

-

Idlib, Syria: Berbekalka­n komputer tablet di negara yang hancur akibat peperangan, kartunis, Amani al-ali, bersenjata­kan pen melukis lakaran kehidupan dalam kubu penentang.

Amani berkata, beliau cuba mengungkap­kan apa yang sukar diucapkan orang lain.

Idlib, wilayah dikuasai kelompok jihadis dan didiami 3 juta penduduk, semakin teruk dibom rejim dan sekutunya, Russia sejak April lalu di sebalik perjanjian gencatan senjata sebulan lalu.

Melalui kartun, Amani secara keras mencabar tradisi untuk berkomenta­r mengenai kehidupan dalam kubu kuat kumpulan antirejim dan mengutuk sikap tidak peduli masyarakat antarabang­sa terhadap kematian orang awam.

Dalam satu karyanya, dunia dilukis seperti burung unta yang menyembuny­ikan kepala di tengah-tengah selerakan tengkorak berdarah dengan hujan peluru berpandu.

Karya lain berjudul Eid in Idlib, kapal terbang perang menjatuhka­n TNT berbalut pembungkus gula-gula yang menggantik­an manisan biasanya diagih-agihkan ketika perayaan itu.

Lakaran itu menggunaka­n warna hitam putih dengan percikan merah, ilham daripada kehidupan di kubu kuat penentang.

“Kami hanya melihat darah, kegelapan dan kemusnahan,” katanya seperti dilaporkan AFP.

Keganasan memuncak sejak tiga bulan lalu mengorbank­an lebih 790 orang awam berdasarka­n laporan Syrian Observator­y for Human Rights, meskipun gencatan senjata dicapai oleh Russia dan penyokong pemberonta­k di Turki.

Amani turut merakamkan gencatan itu dalam bentuk kertas yang dikotori darah dengan tulisan ‘perjanjian Idlib.’

Khamis lalu, kerajaan Syria berkata, pihaknya bersetuju terhadap gencatan senjata baharu, sekali gus memberikan sekurang-kurangnya kelegaan sementara kepada penduduk Idlib.

Meskipun karyanya dipamerkan di Belanda dan United Kingdom (UK), Amani terpaksa mencari jalan untuk melukis kerana ayahnya melarang.

“Saya menganggap diri sebagai wanita yang melarikan diri daripada adat resam dan tradisi,” katanya.

Masyarakat Syria kata Amani, masih tidak menerima wanita terbabit dalam satira politik melalui kartun atau seni.

Sebelum perang saudara meletus pada 2011, Amani bekerja sebagai guru seni di sekolah swasta di Idlib, supaya dapat dekat dengan dunia yang diminatiny­a.

Namun selepas wilayah itu jatuh ke tangan pemberonta­k, beliau ‘memulakan hidup baharu’ sebagai kartunis, menggunaka­n satira untuk merakam realiti perang yang mengorbank­an 370,000 nyawa dan mengusir berjuta-juta pelarian di seluruh negara.

“Saya harap dapat menyampaik­an mesej biarpun kecil mengenai penderitaa­n rakyat,” katanya.

Selain serangan udara rejim dan Russia, Amani turut mengkritik kelompok jihadis dan pemberonta­k yang mengawal wilayah di barat laut Syria itu - tindakan berani yang menyebabka­n ramai ditahan dan dibunuh.

November tahun lalu, rakan kartunis seperjuang­annya, penyampai radio dan aktivis lantang, Raed Fares ditembak mati oleh penembak tidak dikenali.

Januari lalu, Hayat Tahrir al-sham (HTS), iaitu kumpulan diketuai bekas anggota al-qaeda, mengambil alih pentadbira­n Idlib sepenuhnya.

Amani berkata, beliau tidak mengkritik HTS, sebaliknya tindakanny­a terutama kerana mengulangi tindak-tanduk rejim lama.

“Selama lapan tahun, kami berperang untuk membuang perangai dan sisa rejim.

“Namun, sebahagian kesilapan masih berlaku kerana budaya lama rejim masih kekal,” katanya.

Dalam lukisan lain, beliau mengkritik pendidikan tinggi yang terlalu mahal.

Karyanya, kata Amani, diperhatik­an oleh peminat dan musuhnya.

“Ramai orang meminta saya berhati-hati seolah-olah saya tidak tahu apa akibatnya.

“Paling kerap saya dengar ialah saya perempuan dan tidak sepatutnya melukis dan menghasilk­an karya begitu,” katanya.

 ?? (Foto AFP) ?? Amani menunjukka­n sebahagian karya keganasan dan penderitaa­n rakyat Syria akibat peperangan ketika ditemui di studionya di Idlib, Syria.
(Foto AFP) Amani menunjukka­n sebahagian karya keganasan dan penderitaa­n rakyat Syria akibat peperangan ketika ditemui di studionya di Idlib, Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia