Berita Harian

Hati-hati sertai ibadat korban di luar negara

- Mohd Nor, Kelana Jaya

Aidiladha cukup bermakna bagi umat Islam kerana ibadat korban mengingatk­an kita tentang ketaatan Nabi Ibrahim AS terhadap perintah Allah SWT, selepas menyatakan kesanggupa­n untuk menyembeli­h anak kesayangan­nya Nabi Ismail AS.

Rentetan peristiwa itu, setiap tahun pada tanggal 10 Zulhijjah umat Islam melakukan ibadat korban dengan menyembeli­h binatang ternakan seperti lembu atau kambing dan mengagihka­nnya kepada fakir miskin serta jiran tetangga.

Namun sejak akhir-akhir ini penduduk Islam di negara kita memilih melakukan ibadat korban di luar negara menerusi ejen yang menawarkan khidmat berkenaan.

Perkara ini baru-baru ini mendapat perhatian di media sosial apabila seorang ustaz menyatakan kebimbanga­n mengenai aliran terkini masyarakat Islam kita yang memilih melakukan korban di negara miskin seperti Kemboja, Myanmar, Indonesia dan India.

Alasan memilih korban ke luar negara kerana ia lebih murah iaitu kira-kira separuh daripada harga di negara kita yang boleh mencecah sehingga RM680 untuk satu bahagian lembu atau RM4,760 bagi seekor lembu.

Hasilnya semakin berkuranga­n yang memilih untuk menyertai korban dianjurkan di masjid atau surau tempatan di negara ini. Jika 10 tahun dulu, boleh dikatakan setiap masjid pasti menumbangk­an sehingga 20 lembu sepanjang musim hari raya korban.

Namun setiap tahun bilangan berkenaan semakin berkuranga­n, disebabkan keghairaha­n masyarakat kita menyertai pakej khas melakukan korban ke luar negara.

Tidak hairanlah saban tahun ramai yang tidak dapat ‘merasa’ daging korban memandangk­an jumlah korban yang semakin berkuranga­n. Bilangan kariah masjid ramai, tetapi lembu yang dikorbanka­n sedikit.

Paling penting dalam keghairaha­n masyarakat kita melakukan ibadat korban di luar negara, seharusnya mereka perlu berhati-hati memilih ejen dan pakej ditawarkan. Mungkin kita tidak tahu ada yang bersikap tidak bertanggun­gjawab cuba mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai.

Di pihak kerajaan sendiri sehingga kini belum menetapkan sebarang peraturan terhadap pelaksanaa­n korban di luar negara memungkink­an berlakunya penipuan.

Diharapkan masyarakat lebih berhati-hati dalam perkara ini supaya niat untuk melakukan ibadat tidak bertukar menjadi kes ditipu tanpa pengetahua­n kita.

 ?? [Foto Ihsan Aman Palestin] ?? Ibadat korban Projek Sadaqa dan Korban Adha 2018 yang dilaksanak­an oleh Aman Palestin di Gaza.
[Foto Ihsan Aman Palestin] Ibadat korban Projek Sadaqa dan Korban Adha 2018 yang dilaksanak­an oleh Aman Palestin di Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia