Berita Harian

Beijing minta Britain henti campur tangan urusan HK

-

Beijing: China memberi amaran kepada Britain untuk berhenti daripada campur tangan dalam krisis di Hong Kong.

Ini susulan gelagat seorang pegawai atasan dari Britain yang menggesa pemimpin, Carrie Lam lebih peka kepada bantahan yang menggegark­an wilayah merdeka itu sejak dua bulan lalu.

Bantahan prodemokra­si itu atas kemarahan rakyat sudah menjadi satu ancaman kepada pemerintah­an kerajaan Beijing di wilayah separuh autonomi itu sejak Britain mengisytih­arkan kemerdekaa­n pada 1997.

Jumaat lalu, Menteri Luar Britain, Dominic Raab menggesa pemimpin Hong Kong itu untuk melancarka­n siasatan bebas kepada ketegangan yang tercetus, baru-baru ini.

“China menuntut pihak Britain hentikan segera tindakan campur tangan dalam urusan di Hong Kong dan mengganggu hal ehwal China,” kata jurucakap Kementeria­n Luar China, Hua Chunying, kelmarin.

Sementara itu, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah ribuan kumpulan penunjuk perasaan yang membanjiri jalanan di daerah Sham Shui Po dan Cheung Sha Wan ketika bantahan minggu ke-10 berturut-turut diadakan. Sekali lagi mereka gagal mematuhi arahan pihak polis.

Difahamkan polis memberi permit kepada mereka untuk berhimpun di taman tetapi menolak permintaan untuk perarakan di bahagian timur Hong Kong.

“Polis seharusnya mengawal keselamata­n awam tapi sebaliknya menolak permohonan kami untuk mengadakan perarakan.

“Kami masih ada di sini dan akan berarak seperti dirancang. Kami masih ada hak,” kata Wong, seorang penunjuk perasaan wanita berusia 25 tahun. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah ribuan kumpulan penunjuk perasaan yang membanjiri jalanan di daerah Sham Shui Po dan Cheung Sha Wan, semalam.
(Foto REUTERS) Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah ribuan kumpulan penunjuk perasaan yang membanjiri jalanan di daerah Sham Shui Po dan Cheung Sha Wan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia