Berita Harian

Rejim Zionis serang jemaah Palestin

60 cedera, polis Israel cetus kecoh di Masjid Al-aqsa

-

Baitulmaqd­is: Sejumlah penduduk Palestin cedera selepas bertempur dengan polis Israel di perkaranga­n kawasan suci, di sini, ketika kedua-dua penganut Islam dan Yahudi menyambut hari kebesaran masing-masing serentak, semalam.

Polis Israel menggunaka­n bunyi bom tangan bagi menyuraika­n penunjuk perasaan Palestin yang semakin tegang di kawasan sensitif di perkaranga­n masjid Al-aqsa yang turut dikenali sebagai Al Haram Al Sharif.

Persatuan Palang Merah mengesahka­n lebih 60 jemaah Palestin cedera dan 15 mangsa dibawa ke hospital.

Seluruh umat Islam meraikan hari raya Aidiladha, semalam dan ribuan penduduk Palestin menunaikan solat hari raya di masjid Al-aqsa.

Ia serentak dengan sambutan Tisha B’av bagi penganut Yahudi menyaksika­n jumlah pelawat ke kawasan suci itu meningkat.

Bagi mengurangk­an ketegangan, polis melarang penganut Yahudi ke kawasan sensitif itu, semalam.

Ketegangan bermula apabila jemaah Palestin bimbang mereka masih dibenarkan masuk dan mula memprotes.

Perkaranga­n terletakny­a masjid Al-aqsa dan Kubah Batu adalah antara kawasan paling sensitif dalam konflik Israel-palestin.

Penganut Yahudi dibenarkan melawat tetapi dilarang melakukan ibadat bagi mengelak ketegangan. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Anggota polis Israel mengejar jemaah Palestin di pekarangan masjid Al-aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, semalam ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.
(Foto REUTERS) Anggota polis Israel mengejar jemaah Palestin di pekarangan masjid Al-aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, semalam ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.
 ??  ??
 ??  ?? Tentera Israel bertindak kasar ke atas seorang wanita (gambar kiri) dan juga seorang warga lelaki Palestin di pekarangan masjid Al-aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, semalam.
Tentera Israel bertindak kasar ke atas seorang wanita (gambar kiri) dan juga seorang warga lelaki Palestin di pekarangan masjid Al-aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia