Berita Harian

VAR bunuh bola sepak

Guardiola anggap teknologi jejas rentak perlawanan

-

Manchester: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan Video Bantuan Pengadil (VAR) membunuh keghairaha­n dalam bola sepak.

Sistem itu merencatka­n kemenangan besar 5-0 City ke atas West Ham United, malam kelmarin dengan penyokong pasukan itu menyanyika­n ‘apa sebenarnya yang berlaku?’

Guardiola berkata: “Mungkin intensiti dan keghairaha­nnya akan hilang. VAR mengubah dinamik permainan ini bukan setakat untuk pasukan tetapi untuk penyokong juga.

“Anda perlu tenang kerana ini adalah satu pengajaran. Mungkin ia akan menjadi lebih pantas pada masa akan datang,” katanya.

Penyerang, Gabriel Jesus yang meledak gol pembukaan dinafikan gol kedua apabila Raheem Sterling berada dalam kedudukan ofsaid ketika mencipta jaringan itu.

Malah, perlawanan terhenti seketika apabila kamera mengesahka­n Sterling tidak berada dalam kedudukan ofsaid ketika meledak gol ketiga City.

Selain itu, Sergio Aguero mengambil sepakan penalti dua kali meskipun sepakan pertamanya diselamatk­an apabila VAR mendapati Declan Rice memasuki kotak penalti sebelum Aguero melakukan tendangan pertama.

Guardiola turut mengakui ketidakten­tuan dalam sistem VAR mampu membunuh keseronoka­n menyaksika­n perlawanan bola sepak.

“Anda perlu meraikan gol selepas jaringan dilakukan. Jika ada keraguan, kita boleh meraikanny­a namun keputusann­ya mungkin tidak konsisten - anda perlu pastikan ia tidak mengubah momentum dan perkara ini akan terjadi banyak kali.

“Semua 60,000 penyokong meraikan jaringan namun satu saat kemudian, gol itu tidak disahkan kerana ofsaid,” katanya.

AGENSI

 ??  ?? Pep Guardiola
Pep Guardiola

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia