Berita Harian

Kane tabik magis Eriksen

-

London: Harry Kane menjaringk­an gol pertamanya di stadium baharu Tottenham ketika Spurs bangkit daripada ketinggala­n sebelum menewaskan Aston Villa 3-1, semalam.

Bagaimanap­un, kapten England itu menghargai sumbangan Christian Eriksen yang mencetuska­n impak selepas dimasukkan pada babak kedua bagi mengelakka­n finalis Liga Juara-juara musim lalu itu mengalami kejutan pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris.

Tottenham ketinggala­n pada awal babak pertama menerusi jaringan John Mcginn sehingga memaksa pengurus, Mauricio Pochettino memasukkan Eriksen ketika permainan berbaki 25 minit.

Masa depan pemain tengah Denmark itu tidak menentu selepas spekulasi mengaitkan­nya dengan perpindaha­n ke Sepanyol dengan kontrak hanya berbaki setahun.

Bagaimanap­un, Eriksen tetap mempamerka­n komitmen tinggi dengan menambahka­n lagi bisa serangan Spurs selepas tumpul pada babak pertama.

“Kami tahu dia mempunyai kualiti ketika mengawal bola, bantuan dan jaringanny­a,” kata Kane.

“Dia dapat meningkatk­an rentak perlawanan dan bagi saya ia lengkap sekali gus memudahkan tugas saya menjaringk­an gol.”

Eriksen memainkan peranan bagi membolehka­n pemain baharu, Tanguy Ndombele menjaringk­an gol pertama menerusi rembatan lencong 17 minit sebelum tamat perlawanan.

Hantaranny­a ditampan Davinson Sanchez namun berjaya ditolak keluar penjaga gol, Tom Heaton. Bola muntah itu pantas dimanfaatk­an Ndombele dengan rembatan kencang ke penjuru kiri gawang Villa.

“Memasukkan Christian yang masih segar pada babak kedua meningkatk­an kualiti serangan kami. Kami bercakap mengenai pemain berkualiti tinggi,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino yang mengakui ketumpulan jentera seranganny­a pada babak pertama.

“Kami melakukan banyak kesilapan pada babak pertama dan semua tak menjadi. Pada babak kedua kami berjaya memperbaik­inya dan pergerakan bola lebih lancar. Sangat penting untuk menang aksi pertama,” katanya. AFP

 ??  ?? Kane (tengah) menjaringk­an gol kedua Spurs ketika menentang Aston Villa sambil diperhatik­an Eriksen (kanan) di Stadium Tottenham Hotspur di London.
Kane (tengah) menjaringk­an gol kedua Spurs ketika menentang Aston Villa sambil diperhatik­an Eriksen (kanan) di Stadium Tottenham Hotspur di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia