Berita Harian

Atlet dinasihat isytihar cukai pendapatan

Li Jane enggan tertekan hadapi Kejohanan Dunia

- Oleh Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Atlet negara dinasihatk­an supaya segera tampil mengisytih­ar cukai pendapatan sebenar mereka sebelum 30 September ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).

Ia terutamany­a membabitka­n atlet profesiona­l seperti pemain bola sepak dan pasukan yang mempunyai dua kontrak, yang bertujuan untuk penipuan cukai.

Pengarah Bahagian Komunikasi LHDN, Syarein Abu Samah berkata menerusi program itu, pihak yang mempunyai permasalah­an cukai hanya akan dikenakan penalti rendah, sehingga 10 dan 15 peratus.

“Aktiviti ini adalah kesalahan dan dikategori­kan mengikut Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, iaitu membuat suatu penyata yang tidak betul dengan meninggalk­an atau mengasingk­an apa-apa pendapatan yang dikehendak­i oleh Akta ini untuk membuat pulangan bagi pihak dirinya atau orang lain.

“LHDN memandang serius aktiviti seperti ini dan berharap pihak-pihak berkenaan membetulka­n amalan salah sebelum ini dengan mengambil peluang menyertai PKPS yang sedang giat ditawarkan ini,” katanya kepada Bernama menerusi jawapan bertulis baru-baru ini.

Beliau berkata menerusi PKPS, isu percukaian sedemikian dapat diselesaik­an dan cukai terkurang akibat dari aktiviti itu akan ditawarkan dengan penalti yang sangat rendah.

Awal bulan lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah memberitah­u Dewan Rakyat bahawa, LHDN menerima sejumlah 486,360 kes pengakuan sukarela pembayar cukai yang menyertai PKPS sehingga 23 Jun lepas, sejak program itu dimulakan pada 3 November lalu. Kuala Lumpur: Pemain boling negara, Sin Li Jane enggan meletakkan diri dalam tekanan menjelang Kejohanan Dunia di Las Vegas meskipun pernah bergelar juara dunia pada edisi sama, dua tahun lalu.

Apa yang bermain di fikiran atlet dari Ipoh, Perak itu hanyalah melakukan balingan terbaik dalam kejohanan dari 22 hingga 30 Ogos ini.

“Saya akan main seperti biasa, malah saya tidak akan berfikir yang saya pernah menang sebelum ini.

“Saya hanya mahu mendapatka­n lebih banyak pingat,” kata atlet berusia 27 tahun itu ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Dua tahun lalu, Li Jane yang berganding­an dengan Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan mengakhiri penantian 10 tahun negara apabila memenangi pingat emas.

Ketika itu, skuad negara menewaskan Singapura 214209 dan 188-177 sekali gus mengunggul­i acara berpasukan.

Selain emas berpasukan, Li Jane turut memenangi pingat perak dalam acara beregu wanita bersama Shalin serta merangkul perak kategori Masters.

Bagaimanap­un, Shalin tidak disenaraik­an dalam kejohanan kali ini dan tempatnya digantikan dengan pemain berusia 22 tahun, Nerosha Keligit.

“Saya tidak kisah akan berganding­an dengan siapa pun untuk acara beregu nanti kerana semuanya bergantung perancanga­n jurulatih,” kata Li Jane.

LHDN memandang serius aktiviti seperti ini dan berharap pihak-pihak berkenaan membetulka­n amalan salah sebelum ini dengan mengambil peluang menyertai PKPS yang sedang giat ditawarkan ini.

Syarein Abu Samah, Pengarah Bahagian Komunikasi LHDN

 ??  ?? Li Jane enggan meletakkan diri dalam tekanan menjelang Kejohanan Dunia di Las Vegas.
Li Jane enggan meletakkan diri dalam tekanan menjelang Kejohanan Dunia di Las Vegas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia