Berita Harian

Kasma lebur impian Adam

-

Kuala Lumpur: Keputusan positif di Litar Antarabang­sa Zhuhai, China minggu ini bakal dijadikan azimat buat Adam Norrodin menghadapi Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di laman sendiri pada 19 hingga 22 September ini.

Semalam, pelumba SIC Junior ZK Racing itu sekali lagi menaiki pentas podium - kali ini menamatkan Perlumbaan 2 kelas Supersport­s 600cc di tempat kedua selepas memenangi Perlumbaan 1, kelmarin.

Adam sekali lagi diberi cabaran sengit daripada rakannya dalam program Pembanguna­n Bakat Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Kasma Daniel Kasmayudin yang kali ini menakluk litar dengan kelebihan 0.075 saat.

“Saya sudah memberikan saingan sengit pada tiga pusingan terakhir. Saya cuba memintas Kasma pada selekoh dua terakhir dan pada selekoh terakhir, saya berikan segalagala­nya dan tidak mahu melakukan seperti semalam.

“Begitukan, Kasma mengambil risiko yang tinggi pada selekoh terakhir dengan membrek lambat. Secara keseluruha­n, saya gembira dengan prestasi minggu ini.

“Kemenangan pertama semalam dan satu persaingan yang begitu hebat minggu ini. Tentunya, ia akan menjadi motivasi berguna apabila pusingan seterusnya dijadual berlangsun­g di laman sendiri nanti,” kata Adam.

Tempat ketiga Perlumbaan 2 dimenangi pelumba Thailand dari pasukan Yamaha Thailand Racing Team, Peerapong Boonlert yang ketinggala­n 0.149s di belakang Kasma.

 ??  ?? Kasma (tengah) menjuarai Perlumbaan 2 kelas Supersport­s 600cc, tempat kedua, Adam (kiri) dan ketiga Peerapong.
Kasma (tengah) menjuarai Perlumbaan 2 kelas Supersport­s 600cc, tempat kedua, Adam (kiri) dan ketiga Peerapong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia