Berita Harian

Quartararo kembali ke podium

Raih tempat ketiga GP Austria

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Fabio Quartararo kembali berada di pentas podium selepas kali terakhir di Grand Prix (GP) Belanda, 30 Jun lalu.

Semalam, pelumba muka baharu (rookie) pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) itu menamatkan perlumbaan GP Austria di tempat ketiga selepas bermula dari petak kedua.

Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso memenangi perlumbaan di Litar Red Bull Ring-spielberg dengan catatan 39 minit 34.771 saat (s), 6.117s di depan Quartararo.

Pendahulu carta keseluruha­n Motogp, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda Team di tempat kedua dengan catatan 39:34.984s.

“Satu perlumbaan yang menakjubka­n kerana kami memilih tayar jenis lembut dan ia bukan sesuatu yang mudah buat kami.

“Begitupun, saya dapat berlumba dengan baik dan pasukan sudah berusaha dengan begitu gigih. Satu keputusan sukar untuk menggunaka­n tayar jenis lembut tetapi akhirnya kami berada di pentas podium,” kata pelumba dari Perancis itu.

Keputusan itu menyaksika­n Quartararo atau dikenali ‚El Diablo‘ itu terus mengukuhka­n cengkaman dalam carta rookie terbaik Motogp dengan 92 mata manakala Joan Mir (Team SUZUKI ECSTAR) kedua, 39 mata.

 ?? (Foto AFP) ?? Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan GP Austria di tempat ketiga selepas bermula dari petak kedua.
(Foto AFP) Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan GP Austria di tempat ketiga selepas bermula dari petak kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia