Berita Harian

Mcphee manfaat perubahan saat akhir

-

Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, John Mcphee menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di tempat ketiga selepas menerima petak utama saat akhir, semalam.

Mcphee yang pada awalnya bermula di petak ketiga sebelum berlaku ‘rombakan’ grid berpunca daripada 16 pelumba dikenakan penalti, menemui garisan penamat 23 pusingan perlumbaan dengan catatan keseluruha­n 37 minit 51.240 saat (s), 1.105s di belakang pemenang, Romano Fenati (VNE Snipers).

Melengkapk­an pentas podium di Litar Red Bull Ringspielb­erg adalah rakan sepasukan Fenati, Tony Arbolino yang mencatat masa keseluruha­n, 37:51.232s.

“Tentunya saya gembira dengan diri dan pasukan yang sentiasa berusaha sebaik mungkin dalam beberapa perlumbaan sebelum ini,” kata Mcphee yang bakal

John Mcphee

beraksi di laman sendiri, GP British 25 Ogos ini.

“Saya mempunyai beberapa minggu lagi sebelum GP di Silverston­e. Saya mahu berada di tahap kecergasan yang sepatutnya dan kuat untuk perlumbaan itu nanti,” katanya.

Rakan sepasukan Mcphee, Ayumu Sasaki pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 sekali gus meraih tiga mata berharga. Pelumba dari Jepun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 38:14.019s.

Selepas 11 pusingan musim, Mcphee berada di tangga keenam keseluruha­n dengan 84 mata manakala Sasaki ke-19, 37 mata.

Pelumba Itali dari pasukan Leopard Racing, Lorenzo Dalla Porta menamatkan perlumbaan di tempat keenam, mengunggul­i kedudukan keseluruha­n Moto3 dengan 155 mata.

Aron Canet (Sterilgard­a Max Racing Team) mengekori rapat di tangga kedua dengan 154 mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia