Berita Harian

‘Ubi muda’ Malaysia dapat pujian jurulatih Cerezo Osaka

-

Osaka: Kredibilit­i lima pemain bawah 15 tahun negara (B-15) yang mewakili Malaysia pada Projek Impian ASEAN (ADP) 2019 tampak berjaya mengagumka­n barisan kejurulati­han Cerezo Osaka.

Sekalipun tewas 0-2 di tangan pemain akademi kelab Jepun itu pada aksi di Pusat Latihan J Green Sakai kelmarin, seorang jurulatih pasukan itu yang menjadi ketua jurulatih pasukan ADP 2019, Tomoyuki Kajino memuji prestasi lima pemain negara yang disifatkan­nya antara pemain yang menonjol pada perlawanan itu.

Kajino berkata, kemampuan yang ditunjukka­n lima ‘ubi muda’ itu membuktika­n betapa Malaysia kini semakin menghambat Jepun sekali gus menyaksika­n tiada jurang yang besar dapat disaksikan antara kedua-dua negara ketika ini.

“Secara keseluruha­n, taraf permainan pemain Malaysia di sini sedikit lebih tinggi berbanding pemain Thailand dan Myanmar. Namun sayangnya, tempoh yang singkat menyebabka­n kami tidak dapat melihat secara jelas kemampuan sebenar mereka.

“Namun, kami tidak fikir ada jurang yang ketara antara pemain muda Jepun dan pemain muda Malaysia. Mereka masih muda dan banyak lagi masa dan peluang untuk mereka terus berkembang.

“Kalau mereka boleh mengembang­kan potensi mereka ke tahap maksimum, tidak mustahil mereka boleh beraksi dalam Liga Jepun (Liga J),” katanya.

Pada masa sama, Kajino mengharapk­an pemain muda negara tidak terlalu selesa dengan kemahiran mereka, sebaliknya terus berusaha keras meningkatk­an kualiti permainan masing-masing.

“Dari segi kemahiran, ia nampak masih kurang dan di tahap yang biasa. Jadi, itu yang perlu mereka tingkatkan jika mahu terus berjaya.

“Mereka masih muda, jadi kecergasan juga belum mencapai tahap. Tiada keperluan untuk kita terlalu memaksa mereka tetapi mereka perlu terus berlatih secara konsisten,” katanya.

Sebagai rekod, lima pemain yang terpilih dalam program itu termasukla­h dua daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Raja Muhammad Haikarl Raja Muhammad Zahari dan Muhammad Danial Haiqal Mohd Shaipol.

Tiga lagi ialah Muhamad Afiq Norizan (Sekolah Sukan Negeri Melaka); Muhammad Farizzudin Adham Batcha (Sekolah Sukan Negeri Selangor) serta Anas Nadawi Shaharudin (SMK Bandar Baru Bangi).

 ??  ?? Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama wakil negara ke ADP di Osaka, Jumaat lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama wakil negara ke ADP di Osaka, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia