Berita Harian

Chang Hoon yakin ‘operasi’ PDRM berjaya

-

Melaka: Walaupun kini berada di tangga ketiga di belakang Selangor dan Melaka United (MU), pemain tengah PDRM, Lee Chang Hoon yakin pasukannya mampu bangkit untuk melepasi saingan peringkat kumpulan D sekali gus mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Menurutnya, kemenangan 4-3 ke atas FELDA United di Stadium Hang Jebat minggu lalu dilihat pemangkin kepada merealisas­ikan impian terbabit meskipun bakal mengharung­i saingan lebih getir selepas ini.

Katanya, fokus menghadapi setiap aksi penting dalam mengumpul mata maksimum sekali gus memperbaik­i kedudukan dalam kumpulan.

“Fokus kami kini terarah menghadapi The Red Giants di Shah Alam 18 Ogos ini dan kami harap mampu meleburkan rekod tanpa kalah lawan,” katanya.

Menurut pemain kelahiran Korea Selatan itu, kerjasama positif rakan sepasukan dan persefaham­an yang kian meningkat mampu menjadi tonik kepada pasukan dalam mengharung­i baki saingan kumpulan.

Chang Hoon yang menyertai skuad Hang Tuah di pertengaha­n musim 2018 dilihat antara import berharga buat The Cops dengan jaringan menariknya terutama menerusi sepakan percuma.

Malah, pengalaman­nya menyertai Sangju Sangmu, Seongnam FC dan Gangwon FC di Liga Korea Selatan jelas digunakan sepenuhnya membantu PDRM layak ke Liga Super musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia