Berita Harian

Skuad Maniam optimis ‘makan’ Jepun

-

Sepang: Skuad bawah 15 tahun negara (B-15) optimis mampu menjinakka­n Jepun sekali gus mengunggul­i Kumpulan J saingan kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), bulan depan.

Dua tonggak pasukan, Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar dan Mohamad Khairil Mohd Zain menyifatka­n Jepun tidak terlalu kebal untuk ditewaskan ketika dua lagi lawan Kemboja dan tuan rumah, Laos diyakini mampu ditumbangk­an.

Keyakinan kedua-dua pemain itu berdasarka­n pengalaman menentang pasukan gergasi Asia itu pada Piala Wuhan, Ogos lalu.

Walaupun tewas 1-3 kepada Jepun ketika itu, namun Daniel menegaskan kekalahan berkenaan lebih kepada kesilapan sendiri dan aksi bulan depan adalah aksi berbeza.

"Kalau tengok aksi menentang Kemboja (menang 2-0 di Kejuaraan AFF 2019), atas kertas kita boleh 'makan' lagi tetapi kami tidak boleh ambil mudah. Begitu juga dengan Jepun dan paling penting kami kena fokus serta berikan komitmen 200 peratus.

"Kalah (kepada Jepun) ketika itu pun sebab kesilapan kami sendiri yang membolehka­n mereka menjaringk­an gol. Dengan komitmen seluruh pasukan, Insya-allah kami boleh," katanya sejurus tiba dari Bangkok, kelmarin.

Kempen kelayakan AFC itu menjadi medan pemilihan ke pusingan akhir dengan 11 juara kumpulan dan empat naib juara kumpulan terbaik akan berentap untuk menjadi wakil Asia ke Piala Dunia Remaja 2021.

Motivasi pasukan kendalian P Maniam kini berada pada tahap tertinggi selepas muncul juara Kejuaraan AFF B-15 dan pasukan hanya diberikan cuti tiga hari untuk sambutan Hari Raya Haji.

"Kami akan bawa momentum ini ke saingan AFC dan sudah pasti kami akan buat persiapan lebih baik. Memang teruja untuk menentang Jepun kerana mereka gergasi bola sepak Asia.

"Kami sentiasa percaya antara satu sama lain dan Insya-allah kami mampu kalahkan Jepun," kata Khairil.

 ?? [Foto Luqman Hakim Zubir /BH] ?? Skuad B-15 negara tiba di balai ketibaan KLIA selepas Chonburi,thailand. menjuarai Kejuaraan Piala AFF Suzuki B-15 di
[Foto Luqman Hakim Zubir /BH] Skuad B-15 negara tiba di balai ketibaan KLIA selepas Chonburi,thailand. menjuarai Kejuaraan Piala AFF Suzuki B-15 di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia