Berita Harian

Nelayan Vietnam ceroboh perairan negara ditahan

-

Labuan: Tindakan nelayan Vietnam menceroboh dan menjalanka­n aktiviti perikanan di perairan negara membawa padah apabila ditahan dalam Ops Gelora yang dilaksanak­an Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Tanjung Kubong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, seramai lima lelaki warga Vietnam termasuk juragan kapal berusia antara 27 hingga 41 tahun ditahan selepas pemeriksaa­n dilakukan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata tangkapan dibuat ketika sepasukan anggotanya menjalanka­n tugas di kawasan berkenaan.

“Ketika rondaan dibuat, sebuah kapal nelayan asing bersama lima kru kapal termasuk seorang juragan didapati di dalam kapal terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati nelayan ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut akta perikanan termasuk menggunaka­n peralatan perikanan yang tidak dilesenkan dan kapal disyaki menggunaka­n nombor pendaftara­n kapal yang lain yang didaftarka­n di Kudat sebagai bot nelayan jenis pukat rantau seperti yang dinyatakan dalam lesen,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia