Berita Harian

Pelancong ke pantai timur Sabah lebih selesa

Perbincang­an lanjut bersama MAHB dibuat minggu lalu: Mohamaddin

- Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

Lahad Datu: Pelancong dalam dan luar negara yang mahu berkunjung ke pantai timur Sabah selepas ini akan lebih selesa apabila Lapangan Terbang Lahad Datu siap dinaiktara­f.

Menteri Pelanconga­n Seni Dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata perbincang­an lanjut untuk bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk menaiktara­f lapangan terbang itu sudah dibuat pada minggu lalu.

Beliau berkata pertemuann­ya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin itu adalah pertemuan kali kedua bagi membincang­kan pelan pembanguna­n lapangan terbang terbabit.

“Saya sudah mengadakan pertemuan bersama MAHB bagi kali kedua untuk berbincang lanjut mengenai pembanguna­n Lapangan Terbang Lahad Datu.

“Pada perbincang­an itu kami turut mengenalpa­sti kriteria baharu lapangan terbang bagi membolehka­n tidak hanya pesawat ringan dan kecil, malah kapal terbang bersaiz besar iaitu Boeing.

“Lebih penting, penduduk di Lahad Datu perlu berbangga kerana tidak lama lagi daerah ini bakal memiliki sebuah lapangan terbang antarabang­sa,” katanya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Nurul Ulum, Kampung Segama Batu 8, semalam.

Menyentuh mengenai Pelan Pembanguna­n Pelanconga­n Lahad Datu, Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Silam, berkata pelan itu akan disiapkan secara komprehens­if membabitka­n tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lahad Datu, Kunak dan Tungku.

“Di Parlimen Silam ini memiliki banyak produk pelanconga­n dan perancanga­n ini penting untuk disegeraka­n pelaksanaa­nnya nanti.

“Antara yang akan dibangunka­n nanti adalah berkaitan pembanguna­n hotel bagi menampung kemasukan pelancong di pantai timur Sabah.

“Hotel ini penting, terutama apabila lapangan terbang antarabang­sa Lahad Datu itu nanti siap,” katanya.

Beliau yakin dengan dua inisiatif baharu itu bukan saja menaikkan nama daerah itu malah menjanjika­n peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi menerusi sektor pelanconga­n.

“Dengan terlaksana­nya kedua-dua inisiatif itu akan menyaksika­n peningkata­n peluang pekerjaan sehingga 30 peratus di daerah ini.

“Inisiatif itu juga akan menyaksika­n limpahan ekonomi (khususnya menerusi pelanconga­n) di pantai timur Sabah, terutama di Lahad Datu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia