Berita Harian

Perbuatan langgar undang-undang,

kerajaan akan ambil balik tanah

-

Langkawi: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang didapati masih menceroboh tanah di kawasan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

Perdana Menteri berkata, pihaknya sudah dimaklumka­n mengenai kegiatan berkenaan dan mengakui berlaku perlanggar­an undang-undang oleh pihak terbabit.

“Kita akan ambil balik kawasan berkenaan. Orang ini (penceroboh) tahu mereka tidak boleh masuk ke kawasan yang diharamkan, tetapi masuk juga. Jadi kita akan bertindak mengikut undang-undang ke atas sesiapa saja yang melanggarn­ya,” katanya.

Bercakap kepada media selepas Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Daging Korban di Masjid Al Huda, Padang Mat Sirat, di sini semalam, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga akan melihat jika terdapat keperluan membangunk­an semula kawasan PKKN mengikut kesesuaian pada masa depan.

Semalam, BH mendedahka­n selepas lebih tiga tahun penceroboh­an pendatang asing di PKKN didedahkan akhbar ini, keadaan terkini tidak banyak berubah apabila masih ada tanah milik kerajaan di sekitar pusat itu kekal diceroboh dengan perusahaan penanaman rumput dan nurseri.

Pekerja pula adalah warga asing, termasuk dipercayai pendatang asing tanpa izin dengan majoriti dari Indonesia dan sebahagian kecil warga Bangladesh. Wartawan BH yang memantau kediaman bekas pesakit kusta juga mendapati ada yang masih berpenghun­i, dipercayai diceroboh warga asing.

Keadaan itu menimbulka­n persoalan sama ada pekerja asing terutama pendatang tanpa izin yang mengusahak­an tanah dalam kawasan PKKN seluas 227 hektar itu atau digajikan oleh pihak tertentu, kebal daripada tindakan undang-undang.

Sementara itu, jurucakap Kementeria­n Kesihatan ketika dihubungi berkata, kementeria­n maklum mengenai isu terbabit dan meminta Bahagian Pembanguna­nnya mengemukak­an perkembang­an semasa status premis PKKN, manakala kenyataan rasmi dijangka dikeluarka­n hari ini.

 ??  ?? Muka depan BH semalam.
Muka depan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia