Berita Harian

Saksi rungkai nahas

Pengurus bank mati dilanggar

- Oleh Nor Azizah Mokhtar, Safeek Affendy Razali dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Lima saksi kemalangan berhampira­n Bangi Sabtu lalu memberi maklumat mengenai rentetan kejadian kepada polis, selain rakaman video serta gambar. Keterangan saksi ini amat membantu polis mendapatka­n gambaran sebenar kejadian, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Kuala Lumpur: Lima saksi kejadian kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-selatan arah selatan, berhampira­n Bangi pada Sabtu lalu yang berakhir dengan kematian seorang pengurus bank, sudah tampil memberi keterangan kepada polis.

Mereka terdiri daripada individu yang menyaksika­n rentetan insiden berkenaan atau mempunyai rakaman video serta gambar kejadian terbabit yang membawa kepada kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir, 29.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata keterangan semua saksi membantu polis dalam mendapatka­n gambaran sebenar mengenai situasi serta kejadian itu.

“Semua saksi itu, sama ada berada di lokasi, melalui atau melihat dari awal insiden berkenaan sehingga dua kereta terbabit berhenti di tengah lebuh raya. Mereka mempunyai maklumat atau rakaman video dan gambar, tampil memberi keterangan sejak hari pertama kejadian.

“Bagaimanap­un, buat masa ini polis tidak dapat memberi perincian kerana siasatan masih berjalan, mungkin ada lagi saksi lain tampil memberi keterangan. Berdasarka­n maklumat yang ada, kami yakin siasatan dapat diselesaik­an dalam masa terdekat,” katanya kepada BH, semalam.

Syed Muhammad Danial meninggal dunia di Pusat Perubatan Nilai, dua jam selepas dipercayai dilanggar sebuah Toyota Innova dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun, kira-kira jam 1.40 tengah hari Sabtu lalu.

Berikutan itu, polis menahan pemandu Toyota Innova berusia 40 tahun dan isterinya berusia 36 tahun sebelum mereka direman tujuh hari mulai kelmarin sehingga 17 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang daripada saksi yang enggan namanya disiarkan, mendakwa melihat sebuah Perodua Axia dan sebuah Toyota Innova mula mengejar antara satu sama lain selepas stesen minyak Petronas Solaris Putra.

“Semasa memandu keluar dari stesen minyak itu, saya nampak dua kereta cuba memotong satu sama lain, Perodua Axia memotong Toyota Innova dari kiri jalan di hadapan stesen minyak itu sebelum cuba menghalang laluan Toyota Innova di laluan paling kanan,” katanya.

Saksi itu berkata, dia memperlaha­nkan kenderaann­ya ketika sampai berhampira­n susur keluar Plaza Tol Bangi dan tidak lama selepas itu, melihat kedua-dua kenderaan berhenti di laluan paling kanan lebuh raya, tidak jauh dari susur keluar Southville City.

“Saya kemudian meneruskan perjalanan ke Seremban,” katanya yang hanya tahu pemandu Perodua Axia itu maut selepas melihat gambar dan video tersebar di media sosial.

Semalam juga, dua adik ipar Allahyarha­m, Azraei Arief Mohd Rozhan, 22, dan Zafri Amir, 19, antara ahli keluarga terawal berada di lokasi kejadian, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Bapa mereka, Mohd Rozhan Ramlee, 57, memberitah­u BH, Zafri antara ahli keluarga terawal tiba di lokasi kemalangan dan membawa Allahyarha­m ke klinik sebelum ke Pusat Perubatan Nilai kerana klinik tutup.

“Azraei ada bersama Allahyarha­m dan memberi bantuan pernafasan ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Nilai,” katanya sambil berharap polis menjalanka­n siasatan secara menyeluruh tanpa menyebelah­i mana-mana pihak.

Mohd Rozhan juga memaklumka­n, beliau dan ahli keluarga menerima banyak panggilan dan mesej daripada individu mengaku saksi kejadian, termasuk lelaki berbaju biru yang dikatakan berada di lokasi kemalangan ketika berlaku pergelutan di antara menantunya dan suspek.

“Bagaimanap­un, banyak alasan diberikan mereka termasuk ingin jumpa saya dulu apabila saya minta mereka buat laporan polis. Bagi saya, jika mahu membantu amat dialu-alukan, namun jangan ambil kesempatan daripada insiden ini,” katanya.

Sementara itu, Zafri Amir merayu semua pihak memberi masa untuk keluargany­a bertenang susulan kejadian mengejutka­n itu kerana mereka masih bersedih dengan kematian Syed Muhammad Danial.

“Kami juga sepakat untuk berdiam diri dan memberi ruang sepenuhnya kepada polis menjalanka­n siasatan. Kami harap semua pihak menghormat­i keputusan ini dan jika ada sebarang perkembang­an nanti, kami akan maklumkan,” katanya.

Buat masa ini polis tidak dapat memberi perincian kerana siasatan masih berjalan, mungkin ada lagi saksi lain tampil memberi keterangan.

Fadzil Ahmat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor

Azraei ada bersama Allahyarha­m dan memberi bantuan pernafasan ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Nilai.

Mohd Rozhan Ramlee, Bapa mentua Syed Muhammad Danial

 ?? Grafik BH ??
Grafik BH
 ??  ?? 1 Kereta Toyota Innova dipandu suspek dan Perodua Axia
milik mangsa hampir berlanggar selepas melepasi Plaza Tol Sungai Besi.
1 Kereta Toyota Innova dipandu suspek dan Perodua Axia milik mangsa hampir berlanggar selepas melepasi Plaza Tol Sungai Besi.
 ??  ?? 3 Mangsa dan suspek memberhent­ikan kereta di KM293.5 Lebuhraya Utara-selatan berhampira­n persimpang­an Southville City disusuli pertengkar­an membawa kepada kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir.
3 Mangsa dan suspek memberhent­ikan kereta di KM293.5 Lebuhraya Utara-selatan berhampira­n persimpang­an Southville City disusuli pertengkar­an membawa kepada kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir.
 ??  ?? 2 Kedua-dua kereta dilihat kejar-mengejar
sehingga ke KM293.5 Lebuhraya Utara-selatan berhampira­n persimpang­an Southville City.
2 Kedua-dua kereta dilihat kejar-mengejar sehingga ke KM293.5 Lebuhraya Utara-selatan berhampira­n persimpang­an Southville City.
 ?? (Foto Intan Nur Elliana Zakaria/bh) ?? Tinjauan lokasi kejadian yang menyebabka­n Syed Muhammad Danial meninggal di Kilometer 293.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-seremban.
(Foto Intan Nur Elliana Zakaria/bh) Tinjauan lokasi kejadian yang menyebabka­n Syed Muhammad Danial meninggal di Kilometer 293.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-seremban.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia