Berita Harian

‘PM tak buat keputusan sendiri’

Syed Saddiq tolak dakwaan Dr M tidak berbincang

- Oleh Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@bh.com.my

Isu Statut Rom dibincangk­an dalam Kabinet, isu Lynas dan banyak perkara pun dibincangk­an (dalam Kabinet) dan juga dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Muar: Dakwaan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan secara unilateral adalah satu pembohonga­n, sebaliknya ia dibuat secara bersama.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata cara paling mudah untuk mendapat kebenaran berkaitan isu itu ialah bertanya kepada menteri yang juga berada dalam barisan Kabinet.

“Semua dibincangk­an secara bersama. Contohnya, isu ICERD (Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum) ia dibincangk­an dalam Kabinet.

“Isu Statut Rom dibincangk­an dalam Kabinet, isu Lynas dan banyak perkara pun dibincangk­an (dalam Kabinet) dan juga dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika ditemui BH selepas menghadiri Program Korban Kelompok Parlimen Muar di Kampung Parit Payong, Jalan Abdul Rahman, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mendakwa, Dr Mahathir bertindak membuat keputusan secara unilateral terutama membabitka­n isu tulisan khat, Lynas dan beberapa isu lain walaupun datang daripada parti minoriti dalam PH.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, keputusan yang dilakukan Dr Mahathir adalah keputusan konsensus.

“Tadi baru saya jawab dalam group (kumpulan) Ahli Parlimen itu sendiri dan saya tanya betul tak ini (mengeluark­an kenyatan terbabit). Saya tidak bersetuju (dengan kenyataan itu) kerana beberapa perkara.

“Dikatakan Dr Mahathir buat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Kabinet. Saya adalah seorang ahli Majlis Presiden

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan

Pakatan Harapan dan juga anggota Kabinet dan kami berbincang bersama,” katanya.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, sebelum membuat sebarang keputusan, Dr Mahathir akan memberi laluan kepada anggota Kabinet mengemukak­an pandangan.

“Paling mudah boleh tanya ahli Kabinet dari parti sendiri. Charles Santiago dari DAP, dia boleh tanya menteri daripada DAP yang ada dalam Kabinet.

“Tanya (adakah) itu keputusan konsensus atau keputusan yang dilakukan oleh seorang sahaja.

“Dr Mahathir cukup dikenali kalau buat mesyuarat, jika mesyuarat itu (sepatutnya) dua jam akan jadi empat jam sebab beliau (Dr Mahathir) biarkan semua bercakap, beliau dengar (pandangan semua) sebelum buat keputusan,” katanya.

Pada program itu, 30 lembu iaitu 28 sumbangan daripada Pejabat Ahli Parlimen Muar dan masing-masing seekor dari Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani dikorbanka­n pada program yang diadakan di lima lokasi di kawasan Parlimen itu.

 ??  ?? Dr Mahathir sentiasa berbincang sesuatu isu bersama anggota Kabinet.
Dr Mahathir sentiasa berbincang sesuatu isu bersama anggota Kabinet.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia