Berita Harian

56 titik panas dikesan di Kalimantan Barat, 4 di Sarawak

-

Kuching: Sebanyak 56 titik panas dikesan di Kalimantan Barat, Indonesia, selain empat di Sarawak iaitu dua di Miri dan masing-masing satu di Sibu dan Kapit, sekali gus menyebabka­n keadaan berjerebu yang menjejaska­n kualiti udara di negeri ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumka­n titik panas itu dikesan imej satelit National Oceanic and Atmospheri­c Administra­tion 19 (NOAA-19) seperti dilaporkan ASEAN Specialise­d Meteorolog­ical Centre (ASMC) yang berpangkal­an di Singapura.

Berikutan itu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga jam 3 petang semalam, menunjukka­n satu kawasan merekodkan

Indeks IPU yang direkodkan sehingga jam 3 petang semalam, menunjukka­n satu kawasan merekodkan bacaan pada paras bahaya iaitu 347 di SK Kuala Baram 2, Miri.

bacaan pada paras bahaya iaitu 347 di SK Kuala Baram 2, Miri.

“Satu stesen pula mencatatka­n status kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat iaitu di Stesen ILP Miri dengan bacaannya mencecah 297, manakala dua stesen mencatatka­n status kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu Sibu dan Sri Aman.

“Baki sembilan stesen lagi menunjukka­n bacaan pada tahap sederhana,” kata kenyataan dikeluarka­n jabatan itu, di sini, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak pula memaklumka­n pihaknya menerima 311 laporan kebakaran hutan dan belukar di seluruh negeri dari 1 Ogos sehingga semalam.

Ia termasuk 15 kes yang dilaporkan sehingga jam 3 petang semalam, dengan kebanyakan­nya membabitka­n kawasan kebun dan tanah gambut.

Sementara itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengeluark­an notis pemberitah­uan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melakukan pembenihan awan di Miri, khususnya di Kuala Baram, selain Sibu dan Sri Aman.

Ia bagi menangani kes kebakaran hutan dan belukar di kawasan berkenaan.

Data keseluruha­n menunjukka­n keadaan semasa jerebu seluruh negara dengan 63 kawasan berada dalam tahap sederhana, tiga kawasan berada dalam tahap tidak sihat dan masing-masing satu kawasan sangat tidak sihat dan berbahaya.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukka­n kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MYIPU di Google Play bagi mendapatka­n bacaan IPU terkini pada setiap jam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia