Berita Harian

Kabinet dijangka bincang bentuk pertolonga­n esok: Guan Eng

-

Putrajaya: Sebarang bentuk bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat terkena tempias Taufan Lekima, akan dibentangk­an dalam mesyuarat Kabinet esok.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pihak yang terjejas akibat bencana itu diminta bersabar kerana kerajaan sedang membuat perancanga­n.

“Kita harap mereka bersabar kerana pihak berkuasa sedang kumpul data dalam negeri yang terbabit, untuk mendapatka­n maklumat terperinci,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp, di sini, semalam.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Kementeria­n Kerja Raya memberi keutamaan kepada kerja pembaikan sekolah dan institusi pendidikan yang rosak akibat bencana itu, Jumaat lalu.

Timbalan Menterinya, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata setakat ini mereka masih menunggu laporan daripada Kementeria­n Pendidikan untuk tindakan selanjutny­a.

Sehubungan itu, beliau menggesa sekolah yang terjejas membuat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah, untuk dipanjangk­an kepada Kementeria­n Pendidikan diikuti Kementeria­n Kerja Raya.

“Kita akan menghantar jurutera daerah melihat dan membuat anggaran kerosakan supaya apabila peruntukan ada, kita dapat segera mencari kontraktor berkelayak­an untuk membaikiny­a,” katanya selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat sempena Aidiladha, anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Temerloh dan Anih Berhad di Lanchang Permai, di sini, semalam.

Sabtu lalu, Kementeria­n Pendidikan mengesahka­n 329 sekolah dan institusi pendidikan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu mengalami kerosakan akibat taufan itu, dengan kerugian dianggarka­n RM20 juta.

Kita harap mereka bersabar kerana pihak berkuasa sedang kumpul data dalam negeri yang terbabit, untuk mendapatka­n maklumat terperinci.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia