Berita Harian

‘Sistem kesan bencana perlu lebih pantas’

Rina gesa teknologi pengesan dikemas kini supaya rakyat lebih bersedia

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Kangar: Teknologi pengesan bencana dan sistem amaran yang digunakan agensi berkaitan di negara ini, perlu lebih pantas dan dikemas kini sistemnya, supaya rakyat lebih bersedia menghadapi bencana ribut.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, berkata ini bagi mengurangk­an risiko dan kos kerugian rakyat, khususnya penduduk di luar bandar ketika menghadapi bencana.

Beliau berkata, kejadian ribut yang melanda beberapa negeri di utara Semenanjun­g hanya dikesan selepas ia membadai Pulau Langkawi yang juga kawasan terawal menerima kesannya.

“Jadi saya berharap kita mempunyai sistem lebih pantas dan cepat, supaya bencana boleh dikesan lebih awal sebelum ia berlaku.

“Jika boleh kita mahu amaran bencana itu lebih awal disebarkan kepada rakyat, bagi memastikan kemalangan jiwa dapat dikurang atau dielakkan,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Melangit, di sini.

Terdahulu, Rina bersama agensi berkaitan turun padang melawat dan menyampaik­an bantuan kepada mangsa ribut, Ahmad Kancil, 73, di Kampung Sempering Santan, termasuk sembilan rumah lagi di sekitar Perlis.

Dalam kejadian ribut Jumaat lalu, rumah Ahmad ranap dipukul ribut ketika dia dan isteri, Rohani Saad, 56, sedang berehat di ruang tamu menyebabka­n dia cedera ringan di tangan kiri.

Mengulas lanjut mengenai Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat

Kita mahu amaran bencana lebih awal disebarkan kepada rakyat, bagi pastikan kemalangan jiwa dapat dielakkan.

(KEMAS) yang rosak dipukul ribut di Perlis, Rina berkata, beliau sudah mengarahka­n pihaknya memperbaik­inya.

“Ada lapan Tabika KEMAS yang terjejas akibat ribut dan kerja baik pulih akan dijalankan segera.

“Malah, 48 rumah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang juga di bawah kementeria­n saya kini sedang dibaik pulih sejurus ribut reda,” katanya.

Rina Harun, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ?? (Foto Dziyaul Afnan Abdul Rahman/bh) ?? Rina mendengar penerangan daripada Ahmad ketika melawat mangsa ribut di Kampung Sempering Santan, Kangar, semalam.
(Foto Dziyaul Afnan Abdul Rahman/bh) Rina mendengar penerangan daripada Ahmad ketika melawat mangsa ribut di Kampung Sempering Santan, Kangar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia