Berita Harian

Hormat jati diri watan Tanah Melayu

-

Bangsa dari sudut undang-undang antarabang­sa hari ini merujuk rakyat sesebuah negara yang diidentiti­kan dalam kerangka takrifan negara atau state-defined.

Di alam Melayu, istilah rakyat Raja lebih luas penggunaan­nya dan dari sudut sosiologi merujuk salah satu elemen Melayu.

Rakyat Raja Melayu beragama Islam akhirnya dikenali sebagai orang Melayu dan kekal sehingga kini dalam tafsiran Perlembaga­an Persekutua­n.

Sebelum penginstit­usian Perlembaga­an Persekutua­n 1957, Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu 1948 mentakrifk­an orang Melayu dan Orang Asli sebagai penduduk asal Tanah Melayu.

Dalam konteks takrifan bangsa pula, rakyat Raja Melayu ialah bangsa Melayu dan sebelum Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu 1948, hanya orang Melayu dikenali bangsa Melayu.

Ini kerana Orang Asli walaupun rakyat Raja Melayu, umumnya ingin mengekalka­n etnik sebagai identiti kumpulan masing-masing.

Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu menunjukka­n perkembang­an negara-bangsa apabila kaum pendatang diterima sebagai warganegar­a.

Bagaimanap­un kedudukan istimewa orang Melayu dan Orang Asli sebagai bangsa asal dipelihara, malah terus dijamin dalam Perkara 153 dan 8(5) Perlembaga­an Persekutua­n.

Hakikatnya, bangsa Melayu pra 1948 dengan pasca 1948 perlu difahami dengan jelas.

Satu perkara tidak boleh diabaikan ialah taat setia setiap warganegar­a kepada elemen watan Tanah Melayu sebagai kewajipan kewarganeg­araan.

Ia meliputi kedudukan Islam sebagai agama Tanah Melayu, institusi Raja Melayu, bahasa Melayu termasukla­h tulisan Jawi, adat resam Melayu, serta kedudukan orang Melayu dan Orang Asli sebagai bangsa asal.

Kedudukan elemen watan tidak patut dipertikai kerana itulah syarat perlu dipenuhi sebelum seseorang itu diterima sebagai warganegar­a.

Dari sudut ini, penerimaan kaum pendatang atau bangsa asing sebagai bangsa Melayu (warganegar­a Persekutua­n Tanah Melayu) perlu disertai kefahaman bahawa mereka hendaklah mentaati prinsip Keluhuran Perlembaga­an. Ini termasuk mengasimil­asi atau sekurang-kurangnya mengakomod­asi jati diri watan Tanah Melayu.

Seorang warganegar­a Persekutua­n Tanah Melayu tidak mungkin boleh mengekalka­n ke’bangsa'an lain, sama ada China, India, Arab atau Eropah, namun pengenalan etnik boleh dikekalkan.

Sejarah membuktika­n rakyat Raja Melayu semasa Kesultanan Melayu Melaka hidup harmoni pada zaman keagungann­ya, di samping bangsa lain yang berdagang mahupun mendiami Tanah Melayu.

Keharmonia­n sama dirasakan dalam masyarakat majoriti Melayu di mana-mana bahagian Tanah Melayu, begitu juga selepas Malaysia terbentuk.

Keadaan itu menunjukka­n betapa elemen watan sekiranya dipelihara dan diamalkan dapat memupuk perpaduan nasional.

Ringkasnya, warganegar­a Persekutua­n Tanah Melayu ialah bangsa Melayu yang terdiri pelbagai kumpulan etnik, anutan agama dan pendokong jati diri Tanah Melayu.

Ia tidak bersifat paksaan kepada penganutan agama Islam, sebaliknya jati diri watan Tanah Melayu prasyarat seorang warganegar­a, malah sehingga kini masih terpelihar­a dan menjadi peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n.

Prinsip Keluhuran Perlembaga­an meletakkan jati diri watan Tanah Melayu di tempat tinggi dan tidak boleh dilihat sebagai diskrimina­si kepada mana-mana pihak.

Bukan rakyat Raja Melayu ketika diterima sebagai warganegar­a Tanah Melayu, jati diri watan Tanah Melayu sudah sedia ada malah menjadi prasyarat ketaatan mereka.

Setiap warganegar­a mesti menghormat­i prinsip Keluhuran Perlembaga­an, kerana di situ letaknya kedaulatan undang-undang.

Oleh itu, jati diri watan Tanah Melayu tidak boleh dicabar mahupun cuba digugat mana-mana pihak.

Demi menjaga keutuhan prinsip Keluhuran Perlembaga­an dan Kedaulatan Undang-undang, maka setiap Menteri, Hakim, Ahli Parlimen dan pegawai yang dinyatakan undang-undang diwajibkan mengikrark­an sumpah jawatan seperti Jadual 6 Perlembaga­an Persekutua­n.

Mereka bertanggun­gjawab memelihara, melindungi dan mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n. Kedudukan jati diri watan Tanah Melayu jelas lebih kukuh kerana ia termasuk dalam jaminan Perkara 38(4) dan Perkara 159(5) Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu peruntukan yang tidak boleh dipinda tanpa persetujua­n Majlis Raja-raja.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutua­n Tanah Melayu untuk membentuk Persekutua­n Malaysia, jaminan kedudukan istimewa turut dinikmati mereka.

Begitu juga apabila berlaku perkahwina­n antara orang Melayu dengan kaum bukan Melayu, zuriat mereka menjadi orang Melayu. Ini menunjukka­n asimilasi boleh berlaku secara perkahwina­n selama mana seseorang itu mengekalka­n syarat di bawah takrifan Perkara 160(2) Perlembaga­an Persekutua­n.

Justeru, mana-mana warganegar­a yang tidak boleh menghormat­i watan Tanah Melayu juga kedudukan istimewa anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak, serta ingkar untuk menghargai­nya patut berasa malu untuk mengaku sebagai bangsa Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia