Berita Harian

Sudut positif projek kereta nasional ketiga

-

pengumuman projek kereta nasional ketiga, segelintir pihak membantah keras rancangan itu. Hujah mereka adalah projek sedemikian akan hanya membazirka­n wang rakyat seperti yang dilihat dalam projek PROTON.

Hakikatnya itu persepsi sempit berdasarka­n yang mereka pilih untuk lihat. Apa yang mereka tidak mahu melihat ialah projek PROTON sebenarnya mewujudkan ekosistem yang sudah banyak melahirkan pembuat komponen yang ada, di antaranya menjadi pembekal kepada pasaran dunia.

Benar PROTON sebelum ini mengalami kerugian dan memerlukan bantuan kerajaan, namun sumbangann­ya kepada ekonomi dan bank harta intelektua­l negara tidak boleh dinafikan. Perlu diingat bantuan diberikan kerajaan kepada PROTON ini sebenarnya adalah pelaburan untuk membangunk­an keupayaan tempatan, bukannya untuk menyelamat­kan sesebuah syarikat.

Malah jika dilihat banyak industri dalam negara ini sekalipun menerima bantuan daripada kerajaan, sama ada dalam bentuk wang mahupun dari segi peraturan yang melindung industri tempatan. Ini bukan suatu yang luar biasa, malah dilakukan oleh negara kapitalis seperti Amerika Syarikat (AS) sekalipun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia