Berita Harian

‘Pencarian tidak semudah disangka’

-

Seremban: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang memasuki hari kesembilan turut menumpukan kawasan Gunung Berembun dan usaha pencarian itu turut disertai petugas media.

Saya dan jurugambar NSTP, Iqmal Haqim Rosman, bersama pasukan SAR memulakan pencarian bermula jam 8.30 pagi selepas pasukan SAR serta petugas media tempatan dan antarabang­sa berkumpul di kawasan kaki gunung itu.

Polis sebelum itu memaklumka­n, Gunung Berembun tidak termasuk dalam lingkungan operasi SAR yang meliputi empat kilometer radius dari kawasan pusat penginapan mangsa sekeluarga sebelum ini.

Bagi saya, operasi SAR mencari mangsa itu sebenarnya tidak semudah disangka.

Walaupun laluan trek diikuti tidak begitu curam, namun keadaan permukaan licin, selain berlumpur dan berlumut meningkatk­an risiko keselamata­n kami yang menyertai operasi pencarian ini.

Berdasarka­n pemerhatia­n saya, keadaan hutan tebal di sini juga mengehadka­n jarak penglihata­n kepada beberapa puluh meter saja.

Selain meredah laluan sempit, saya bersama petugas media lain juga perlu menyeberan­gi sungai menggunaka­n laluan batu bagi memastikan segala kelengkapa­n dan peralatan tidak mengalami kerosakan.

Sebaik perjalanan mencecah jarak satu kilometer, pasukan SAR dipecahkan kepada dua pasukan bagi meningkatk­an lagi kawasan liputan untuk memudahkan usaha mencari mangsa.

Saya difahamkan, anggota SAR melakukan usaha mencari mangsa hingga ke puncak gunung yang dianggarka­n sejauh 10 kilometer dan mengambil masa lapan jam tiba ke situ.

Bagaimanap­un, selepas mencapai jarak perjalanan dua kilometer yang mengambil masa kira-kira sejam setengah, petugas media berpatah balik ke kawasan berkumpul di depan pintu masuk resort, tempat penginapan Nora Anne sebelum dia dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu.

Semua petugas media selamat tiba di depan pintu resort pada jam 11 pagi. Sehingga kini, kami masih tidak dibenarkan memasuki kawasan resort berkenaan apabila dilarang pihak berkuasa, manakala pintu resort turut dikawal beberapa anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Malah, hanya kenderaan pihak berkuasa dan penghuni resort dibenarkan memasuki kawasan itu, manakala kenderaan lain dilarang melepasi sekatan jalan yang dibuat kira-kira 50 meter dari jarak pintu masuk resort.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia